Friday, June 21, 2013

suami pulang dari keje..

Di suatu petang yg hening dan kelam...  sang suami pulang ke rumah...

isteri yang  sedang sibuk melayan anak-anak di panggilnya... terkocoh2 isteri berlari ke pintu..

"Yah.. awak ada mas x?"..

si isteri sentap sambil menarik2 lengan bajunya menutupi gelang se-misai dua itu..

"Ada abg.." jawab isteri ringkas..

"Ha.. bagus.. abang nak pakai sangat ni.. bak sini mas nya".. suami tersenyum riang

Si isteri muram... menarik suami masuk bilik dan merapatkan pintu... risau pertengkaran yang bakal berlaku ini diketahui anak2nya...

"Abang nak buat apa dengan mas?".. tanya isteri yang mula berkaca matanya..

"Eh awak ni banyak tanya lah.. abang nak pakai lah. keadaan dah terdesak ni"... suami mula meninggi suara..

"Ye lah... nak buat apa?.. nak kemana aje?" tanya isteri yang mula sendu... otak mula memikirkan nasib anak-anak yang baru hendak membesar...

"Abang nak pakai lah... nak bawak gi kerja"... suami mula bercekak pinggang..

"Kenapa pula?.. apa puncanya sampai abang nak mas Yah ni?"... si isteri merayu... dia tidak mahu suaminya mengadai masnya untuk bernikah dengan perempuan lain... sebak hatinya....

"Laa awak ni dah kenapa Yah... kan ke jerebu sekarang ni... abang nak pakai lah MASK tu, karang sakit pula"

si isteri melepaskan tangan suami dan tergelak kecil... "Laaa abang nak mask ke?"..

Si suami pelik... bukan kah dia dah ckp banyak kali td dia mahukan mask????...




**hahahahahahahahahahaha.... ini kisah benar wei... gua x tipu... staf gua cerita pagi semalam...

No comments: