Wednesday, July 22, 2009

12 CARA KAU NAK TAHU YANG KAU DAH JATUH CINTA..

DUA BELAS
Korang berborak dengan Si Dia malam-malam buta dan sebelum korang lelapkan mata pun korang asyik fikir pasal dia jer..

SEBELAS
Korang secara tiba-tiba berjalan dengan kadar yang sangat perlahan bila keluar bersama Si Dia walaupon sebelom ini korang merupakan seorang pelari pecut..

SEPULUH
Korang rasa sangat tak Best bila dia jauh atau tak dapat dihubungi..

SEMBILAN
Korang akan tersenyum lebar yang teramat bila dengar suara si dia..

LAPAN
Bila korang keluar dengan si dia, korang dah tak nampak orang lain dah.. korang hanya nampak Si Dia.. Dialah lelaki paling kacak or dialah perempuan paling jelita..

ENAM
Hanya dia sahaja yang korang rasa layak ada dalam fikiran korang.. dan dia aje yang korang fikirkan..

LIMA
Tanpa korang sedari, korang akan tersenyum sendiri bila korang tengok muka dia or gambar dia..

EMPAT
Korang akan lakukan apa sahaja untuk menatap wajah dia.. atau berjumpa dengan dia.. atau buat-buat terserempak dengan dia..

TIGA
Masa korang baca benda merepek yang aku amik dari mana ntah ni, korang memang dah set wajah atau nama Si Dia dalam otak untuk tengok ada tak korang alami benda-benda ni dengan si dia..

DUA
Korang terlalu tekun dan tawaduq fikirkan Si Dia sampai korang tak sedar pon aku dengan selamba badaknya tertinggal nombor “7”..

SATU
Korang akan mula mengelabah dan akan scroll keatas semula nak check betul ke tak aku tertinggal nombor “7” dan kemudian korang akan mula tersengih dan ketawakan diri sendiri dalam hati..

*barang sape yg dah pernah baca entry ni jgn poyo kate korang dah perasan xde no 7... *

No comments: