*Wei aku penat.... Argghhhhh.. banyak lagi ke aku punya entry yg tersembunyi ni?..
Apa yang perempuan suka pasal lelaki dan korang x sedar pon kami suka.. dan yang penting benda ni x berapa melibatkan duit sangat..
1. Bila korang buat2 Innocent dan muka tak bersalah...
2. Cara korang gelak... buruk-buruk comel gitu... hehe
3. Cara korang senyum... agak control.. tp xpe.. kami suka gak..
4. Bila korang buat muka keliru...
5. Bila korang tenung mata kiteorang dan pada masa yg sama tetiba semua masalah kami hilang serta merta..
6. Cara korang sentuh tgn kami untuk memberitahu yg korang ada disisi kami... alaaa sweet..
7. Cara korang cuba pertahankan diri korang bila kiteorang mengusik dan mengenakan korang..
8. Cara korang tenung kami bila kami berjalan kearah korang sedangkan kwn korang tgh bgtau score game malam td..
9. Cara korang tiba2 muncul ntah dari mana dan terus menghadiahkan pelukan pada kami... sweettt...
10. Kami muat2 dan sedang elok dalam pelukan korang… ngam2 gitu..
11. Cara korang nak cover up dan control macho bila korang termalu bila tersalah tingkah atau tersadung…
12. Cara korang kiss kami lepas pertengkaran yg besar..
13. Cara korang tenangkan kami dengan hanya satu kiss, bila kami resah dan mengalami hari yg sgt teruk..
14. Tapi bila pikirkan balik… kami mmg suka cara korang kiss kami pon..
15. Kami sangat suka perasaan yg kami rasa bila kami peluk korang.. rasa mcm masa kecik2 dulu kami peluk teddy bear… hhmmm… haaaaaa... lebih kurang camtu lah rasa dia... hehe
16. Cara korang boleh tahan bergayut ditelefon berjam2 dengan kami walaupon xde ape sangat pon nak cakap..
17. Cara korang tenung kami masa korang igt kami tidur tapi
sebenarnya kami buat2 tidur je masa korang memandu… hehe
18. Cara korang cakap “awak nampak cantik harini” walaupon kami hanya pakai t-shirt dan jeans lusuh sahaja..
19. Bila korang tenung kami ketika traffic light merah tapi kemudian meggelabah tukar gear bila orang belakang hon sebab korang terlalu khayal tenung kami... hehe
20. Bila korang nyanyi untuk kami tapi sebenarnya suara korang tu x sedap mana pon.. pitching suma lari... tapi kami suka juga.. comel.. Atleast korang cuba... hehe
21. Bila korang berpegangan tangan dengan kami di khalayak ramai... termasuk juga didepan kawan2 korang..
22. Cara korang cuba amik hati keluarga kami.. hehe..
23. Cara korang nak amik hati binatang perliharaan kami..
24. Cara korang pertahankan kami walaupon korang tahu kami yang salah..
25. Bila korang sanggup serahkan remote control tv sedangkan game yang korang minat ada di tv
26. Bila tangan korang secara automatik akan mencari tangan kami bila berjalan..
27. Bila korang buat muka cute bila korang mahukan sesuatu... hehe
28. Menawarkan diri utk mengurut bahu kami yang keletihan..
29. Bila rasa cinta yang ada pada korang tu macam tak habis2...
30. Cara korang buat lawak dan buat kami ketawa.. tapi bila perlu serious korang akan serious..
31. Bila korang sabar menunggu kami bersiap walaupon kami sebenarnya end up pakai simple sahaja..
32. Bila korang control macho dan buat muka cute bila kami pukul korang.. padahal tahan sakit tu.. hehe
33. Bila korang tak lokek senyum pada kami..
34. Bila korang plan sesuatu yang romantik.. sedangkan korang haram x romantik langsung tapi korang cuba juga..
35. Bila korang sanggup memandu berjam2 hanya untuk berjumpa kami untuk waktu yang singkat..
36. Bila korang menghadiahkan ciuman setiap kali ingin berpisah walaupon kawan2 korang sedang memerhati..
37. Bila korang call kami tanpa sebab yang khusus... hehe
38. Cara korang spend duit kat kami.. korang x kedekut dan x berkira dengan kami.. kami faham kengkadang korang xde duit.. kami pon x mengharap benda yang korang x mampu belikan..
39. Cara korang peluk kiteorang membuatkan kami rasa sangat selamat dan dengan mudah kami akan terlena walaupon kami ada masalah tidur yang kronik.. ZZZZZzzzzzzzzzzz
40. Cara korang cakap ”I LOVE YOU” atau apa2 perkataan yang sewaktu dengannya.. dengan seikhlas hati dan tidak kedekut pada kuantiti ayat2 maneesss tu... hehe..
*Perkataan terbaik utk harini ialah Kronik.. hahaha... coz aku xleh carut arini disebabkan sebab2 tertentu yang agak x menentu..
No comments:
Post a Comment