Wednesday, July 22, 2009

6 Kesalahan asas yang sering dilakukan selepas Broke Up dengan kekasih anda

1. Memburuk-burukkan kekasih anda di Frenster, Fesbuk, Twitter, Hi5, Tagged, My Space atau apa2 saje yg sewaktu dengannya..

(Ini adalah kerana ini menunjukkan anda sangat tak matang dan suka membuka pekung didada.. dulu time suka kau sayang-sayang bagai nak rak.. tapi bila dah break kau kutuk dia tahap gampang dan bgtau satu Malaya.. Malu lah sikit weiii.. and korang pernah terfikir x kemungkinan adik beradik, sedara mara or maybe mak bapak ex korang tu ada akaun fesbuk or frenster atau ape2 jer lah tu?.. and korang pernah terpikir tak apa perasaan diaorang kalau terbaca apa yang korang tulis dan carutkan pasal anak diaorang tu?... apa perasaan korang kalau ex adik korang tulis macam tu pasal adik korang sedangkan dulu korang sikit punya baik dengan ex adik korang tu??..)



2. Mencari pengganti secepat yang mungkin..

(tak payah kelamkabut nak cari pengganti... tenangkan dulu fikiran yang dah kusut tahap gampang tu... relationship on a rebound is not an option.. fine, aku paham korang sunyi dan perlukan tempat nak bermanja bagai tapi bukan dengan mencari pengganti secepat mungkin… ini bukan saje merugikan korang tapi akan melukakan pasangan baru korang.. sedikit sebanyak mesti ada perasaan nak balas dendam kat bekas kekasih korang kan?.. korang nak tunjuk kat ex korang tu yang korang boleh dapat pengganti lebih baik dari diaorang kan?.. lupakan je lah niat korang tu.. korang ingat ex korang tu kisah sangat ke pasal pasangan baru korang tu?.. kalau dia kisah dah tentu diaorang tak putus dengan korang kan??... kan??.. kan??.. so relaks kan perasaan tu dulu.. bila masa dah mengizinkan, cinta yang korang cari tu akan datang sendiri.. tak perlu dipaksa-paksa dan tak perlu mengelabah cari pengganti secepat mungkin)



3. Menggungkit segala jadah apa korang dah spend kat ex korang dan nak balik semua barang2 yang korang pernah bagi..

(chill ah beb.. korang dulu bagi barang2 tu dengan penuh kasih sayang.. korang dah buat part korang bagi barang kejadah apa tu suma.. dah putus biar je lah.. anggap je lah sedekah.. amal jariah.. itu part of memory korang dulu, so nape korang beria nak balik barang2 tu?.. biar je lah ex korang tu simpan kejadah ape suma tu.. jangan ah tunjuk kau ni kedekut dan hadap sangat barang2 tu..)



4. Suruh kawan-kawan kau ganggu bekas kekasih kau...

(beb.. serious x cool dan sangatlah x mature.. udah2 lah tu.. dah dia xnak kat kau, kau blah sudah.. nape nak nampak terhegeh2 dengan ganggu hidup ex kau?.. korang move on lah dengan life korang.. banyak lagi orang yang lebih elok untuk korang.. anggap je lah antara korang tu xde jodoh dah... terima takdir seadanya.. budget kalau kawan2 kau suma komplot kenakan ex kau tu boleh buat kau dipandang tinggi... macam haram.. xde nyer.. Dipandang hina dan retarded ada ah..)



5. Suruh parents korang gi pujuk ex korang untuk terima korang balik..

(perghhh... ini namanya main kasar dan teknik ni mmg kotor macam haram... so what ex korang tu lembut hati ke ape kejadah ke.. tapi korang sangatlah x patut guna parents.. korang nak ke ex korang tu terima korang semata2 sebab kesiankan parents korang je?... brapa lama sangatlah kesian tu akan bertahan?.. kalau korang betul sayang sangat dengan ex korang tu korang patut nak dia bahagia.. bukan nak buat dia lagi derita kawen dengan orang yang dia x sayang dah.. kalau korang yang ada kat situasi diaorang camne?.. apa perasaan korang?)



6. Cuba meng-add bekas kekasih anda semula di fesbuk, frenster, tagged dan ape2 jadah rangkaian pengrapatan silaturrahim ni..

xde faedah dan motif yg mengarah ke arah kebaikan pon kau buat macam ni. kau igt ex kau tu bodoh sgt ke xleh detact yang kau tu ex diaorg. x kisah lah kau menyamar pakai nama apa pon or kau letak pic kau bahagian mata ke.. bulu kening ke.. ketiak ke.. umbun-umbun ke.. sure ble detact.. lagi2 kalau korang secara sengalnya meninggalkan message2 berbau kesedihan terlampau.. poyo.. kau add ni sebenarnya nak tgk dia bahagia ke x bukan?.. nama pon ex.. biar jelah dia.. dia bahagia kang kau gak yg sakit hati... kalau dia sedih plak kang, kau igt kau ble hepi ke tgk org yg kau pernah syg sedih?..

No comments: