*Intro tambahan.. cam haram aku kena post balik suma entry2 lama aku dulu.. bingit siot... dah ah idea mencurah2 cam kat daun keladi but now kena ke zaman lampau balik sebab blog lama aku dah tercemar... damn.. neway, sila layankan..*
Aku bukan tulis benda ni sebab benci lelaki.. Trust me, I love them so much and aku rasa korang pon tau… Ini sekadar berkongsi pengalaman aku dan juga beberapa kawan-kawan aku a.k.a bahan uji kaji aku.. ahaks..
Semua orang sure pernah rasa benda ni.. kalau tak semua perkara yang tersenarai pon atleast satu dua sure ada kena dengan diri sendiri..
Kadang- kadang rasa sengal jugak bila terjebak dengan lelaki or perempuan macam ni..
Tapi lagi sengal kalau kita dah sedar dengan keadaan ni tapi still lagi mengharap kat orang tu.. (serious rasa macam nak sepak diri sendiri)
Missed call
Dia cuma miscall korang and end up korang kena call dia balik.. Apalah salahnya kalau call kita terus... lepas tu bila kita call balik dia kata ”saje je nak dengar suara you, rindu”.. serious orang yang macam ni patut ditolak dalam lombong.. (kalau dah rindu kat aku, kau tak reti-reti nak call aku ke?.. )
Top Up
Dia message or call kita tak adalah sekerap mana pon tapi kredit memanjangnya takde.. bila ditanya dia start ah melenting.. masa ni kluar suma cerita yang kita ni tak pernah nak percaya dengan kejujuran dan keikhlasan dia.. (Ciss.. dah lah kredit pon aku yang top up kan..)
Main tarik tali
Ini benda paling biasa berlaku.. ye lah, kita dari kecik dah di didik dengan perumpamaan perigi mencari timba .. and therefore kita sure segan nak mulakan dulu relationship tu.. and guy or girl yang kita minat separuh nyawa ni pulak main tarik tali... kadang-kadang perbuatan dia menunjukkan yang dia sangat suka kat kita.. tapi at the same time dia selalu cakap ”kita kan kawan”.. “you, orang terpenting dalam hidup I”.. (ada gak perempuan yg buat gini)
(kalau setakat kawan kenapa kau sanggup travel all the way semata-mata nak jumpa aku? And kenapa sanggup stay up malam-malam buta hanya untuk bergayut kat telepon dengan aku or YM dengan aku? Kenapa sanggup cari kawasan 3G hanya untuk video call aku? Kenapa?... kenapa?.. tetiba emo plak..)...
hhmmm tak cukup dengan tu, mereka juga memberi harapan yang tinggi menggunung pada kita yang MAYBE satu hari nanti kita boleh ada hubungan.. yes kengkawan.. MAYBE... tolong fokus.. MAYBE..
haa ni tak termasuk lagi jenis yang suka panggil kita ”sayang”.. ”dear”..”baby”... and apa-apa jelah perkataan yang bisa menaikkan bulu roma... (tapi aku suka gak dengar... dammit).. and pujian menggunung juga dilemparkan pada kita... kita plak seperti biasa terperangkap dengan dunia telenovela kita and end up syok sendiri.. tp pada dasarnya, kita sendiri tak tahu apa hubungan kita dengan dia.. nak kata sekadar kawan, mana ada kawan bersayang-sayang bagai.. nak kata kekasih kang kata poyo plak perasan sendiri..
Ada plak orangi yang kita suka dan minat teramat sangat ni pulak buat-buat tak paham apa yang kita cuba luahkan.. (tak kisah lah sama ada diaorang ni memang betul-betul lembab atau pura-pura lembab).. end up bila kita dah give up and move on dgn orang lain dia plak marah-marah kat kita as if kita curang dengan dia.. kononnya kita tak bagi dia cukup hint yang kita ni suka kat dia…
(halloo!! Tolong ah jangan sengal sangat.. Kalau aku sanggup berkorban masa, perasaan, kewangan kat kau.. itu maksudnya aku suka kau lah!! kau ingat aku minat sangat ke dengar kau cerita pasal ekzos keta or sport rim tu? kau igt aku kisah pasal koleksi kasut kau yg berlambak2 tu?Kau ingat aku ni minat sangat ke nak dengar kau repeat berulang-ulang kali pasal ex kau tinggalkan kau tu??.. kalau aku tak suka kau, takde maknanyer aku nak dengar lagenda hidup kau yang kononnya tragis tu!!)
Pass-pass kita kat orang lain
(selalunya scandal)
Ni selalu berlaku pada lelaki yang main tarik tali dgn kita.. dia tak nak ada relationship yg serious dgn kita tp xtau mcm mana nak cakap lalu dia pass kita kat kwn2 dia.. sbb tu kadang2 kita lihat kalau awek tu minat A, tp end up nanti dia couple dengan B.. (wei tolong ah wei, korang igt aku brg ke?.. klu tak nak kat aku ckp je terus terang dr passing2 mcm ni.. kau igt aku xde perasaan ke?)
Biarkan hubungan gantung tak bertali
Mulanya hubungan hanya sebagai seorang kawan.. tapi bila dah selalu lepak bersama perasaan tu dah bercambah mambah lah kan.. kita ni dah berkobar-kobar nak amik langkah seterusnya (bercinta dengan dia ah apa lagi) tapi dia plak macam tak nak berganjak dari hubungan asal.. macam-macam alasan tak logik yang diaorang bagi... ”I tak nak rosakkan persahabatan yang telah kita bina ni”...or.. ”I tak cukup baik untuk u, I yakin u akan jumpa orang yang lebih baik”.. or.. ”Errmm u pun tau kan I masih ingat kat my ex, give me time ok”.. or ”Hubungan kita masih baru, I tak nak terburu-buru, kita amik masa dulu okay? Kita kawan-kawan dulu” ..
hhmm dan kita plak dengan penuh yakin, ikhlas dan tawaduq yang dia akan couple jugak dengan kita suatu hari nanti (or kawin dengan kita if situasi melibatkan bf atau gf) ... yer.. tepat sekali SUATU HARI NANTI.. what if suatu hari nanti tu tak muncul-muncul?... haaa.. disinilah kita akan membazir umur menunggu cinta yang belum tentu jadi milik kita.. (dammit!!)
Memanipulasi ayat
Yang ni aku confirm selalu sangat berlaku.. especially apabila kekasih kita tu sebenarnya ada skandal-skandal lain.. bila diaorang kantoi dengan kita tentang perangai keskandalan dia tu, kita sure marah kan?.. and bila kita menyuarakan ketidakpuasan hati jer dia akan menukar segala statement yang ada untuk menunjukkan yang kononnya kita ni aje yang paranoid sangat.. (macamlah kita ni hadap sangat dengan dia) .. so end up bukan dia yang mintak maaf atas kejalangan diri tapi kita plak yang kena mintak maaf sebab paranoid sangat.. dan dengan itu dia akan lepas dari segala tuduhan yang memang jelas dan nyata memang dia lakukan..
Kaki Pukul
(selalunya bf)
Ni mungkin tak berlaku pada semua orang.. tapi dalam diam sebenarnya ada jugak berlaku kat orang sekeliling kita.. yang paling best tu kaki pukul ni tak mahu mintak maaf pon dengan awek mereka.. coz diaorang rasa diaorang tak salah... awek mereka yang salah.. kononnya kalau awek mereka tak buat salah mereka-mereka ni takkan naik tangan.. perrghhhh... salah mana pon awek tu dia tetap lemah beb... tampar pelan-pelan pon boleh pecah bibir awek tu.. agak-agak ah pon kalau nak ajar awek tu..
Tapi ada juga yang akan minta maaf right after dah cederakan awek dia.. menangis macam tiada lagi hari esok pon ade gak… tapi itu lakonan semata.. kalau jadi artist tu sure menang award.. hhmmm.. selang beberapa ketika selepas itu dia akan naik tangan lagi.. pastu drama swasta berulang kembali... scene pujuk memujuk dan menitis air mata buaya (crocodile tears..hehe) itu berulang kembali.. and as usual, awek dia akan termakan gak pujuk rayu tu coz dengan harapan balak diaorang ni akan berubah dan akan appreciate diaorang juga suatu hari nanti.. yes kengkawan... SUATU HARI NANTI..
Bila ajak teman shopping barang kita.
(scandal dan bf)
Perrhh.. klu ikut diaorg shopping kita ikut sungguh2 walaupon kita tak minat langsung barang kereta atau barang komputer or whatever je lah yang dia minat. Tapi bila giliran mereka ikut kite shopping, segala jawapan yang mereka bagi bila kita minta pendapat adalah amat menyakitkan hati.
Contoh yang paling ketara adalah bila ditanya baju yang mana yang lebih cantik dan lebih sesuai dengan kita. Jawapan standard yang confirm kita dengar ialah : ”hhmmm u pakai ape pon cantik”.. (tp sebenarnya dia tak tgk pon ape kite tunjuk.. just malas nak dgr kita bebel kalau pilihan dia tak tepat)..
Ego tinggi menggunung
(scandal dan bf)
Tiada salahnya kalau mereka ni kurangkan sedikit ego mereka yang tinggi melanggit ni.. tak salah kalau masa bertengkar lelaki bagi perempuan menang (jarang berlaku).. ini tidak bermakna seseorang lelaki itu lemah..
Bila perempuan nangis, tidak bererti mereka menggunakan tangisan sebagai senjata untuk menundukkan lelaki agar mengikut rentaknya.. cuba korang sebagai lelaki pikir balik ape yang korang buat sampai si dia boleh menitiskan air mata. Pernah tak korang sebagai lelaki terpikir yang maybe kamu terkasar bahasa?.. or maybe perbuatan korang buat hati si dia terhiris?.. or pernah tak atleast korang dengar luahan hati si dia bila dia berduka? Jawapannya tentulah tak kan?.. korang x pernah nak bagi peluang langsung kat perempuan untuk meluahkan segala perasaan mereka yang terpendam dan apa yang mereka tak puas hati.. cuba dengar dulu apa yang nak diperkatakan sebelum nak melenting dan menuduh yang bukan-bukan..
(and as for girl plak,kalau org dh kasi menang jgn byk cerita ble x?.. xyah nak ungkit2 lagi... diam sudah.. dah menang apa)
Jadikan Kita tempat meluahkan perasaan semata
Rasanya tajuk tu dah menjelaskan segalanya.. Panggilan mesra memang x lekang lah dari bibir orang macam ni. Tapi bila kita perlukan dia, dia memang x pernahnya ada.. end up kita tangani semua masalah sendiri.. Tapi bila diaorang yang ada masalah pulak, kita perlu ada dengan mereka dan perlu dengar luahan perasaan mereka yang kadang-kadang kita sendiri rasa x masuk akal betul diaorang punya masalah ni. ( Hak ena... x dapat beli sport rim pon nak kecoh..and for girls plak... budget aku kisah kasut kau nak beli tu xde size )
(situasi biasa dilakukan scandal.. kekasih pon ada gak buat gini)
Pastu ada diantara mereka yang hilangkan diri berminggu-minggu. Bila kita call dia kata ”bz lah i’ll call u back later”... and yet never did.. or even worst diaorang tak angkat phone pon ..and bila kita diamkan diri dan biarkan mereka dengan dunia bz mereka tu, mereka akan salahkan kita pulak sebab tak call diaorang.. kalau seseorang tu betul-betul sayang dan perlukan kita dia takkan biarkan kita tertanya-tanya tentang keadaannya, dia juga tak sanggup untuk tidak mendengar suara org yg dia syg itu walaupon hanya untuk sehari.. dan dia juga takkan memungkiri janji untuk menelefon balik.. ”I’ll call u back in 5 mins”.. bererti korang kena call balik lepas atleast 5 mins later.. bukan 5 jam kemudian.. bukan 5 hari kemudian.. korang ingat kami x risau ke kalau korang call balik lambat?.. tau x ada diantara kiteorang yang terpaksa bawa handphone kemana aja termasuklah ke tandas sebab takut kalau korang call kiteorang x dengar?..
(siap ada yang terjatuhkan handphone dalam gayung yang penuh air.. ini kisah benar beb!!)
Kita tak pernah cukup sempurna untuk mereka.
Mesti ada diantara korang yang pernah mengalami situasi dimana scandal or bf or gf korang cuba mengubah korang jadi orang lain.. yang tak pakai tudung, disuruh bertudung.. yang kekampungan di suruh jadi lebih moden (atau sebaliknya).. yang kasar disuruh jadi sopan santun.. yang gemuk disuruh kurus dan yang kurus disuruh gemuk.. pendek kata ada saja yang tak berkenan dimata mereka.. kenapa asyik nak kami je yang berubah?.. kenapa tak korang cari je perempuan or lelaki yang memang sah-sah mengikut citarasa korang tu?.. selama ni korang tak perfect kami terima seadanya tanpa merubah diri korang..
Bila kami enggan berubah mengikut kehendak diaorg, mereka akan kata ”you dah berubah.. dah tak macam dulu”.. sebenarnya kita masih sama Cuma kita tak ikut jejak yang mereka nak kita ikut.. rasanya tak salah kalau mereka turut berubah untuk blend in dengan diri kita.. relationship is about give and take.. tak guna korang paksa kami berubah kalau korang sendiri enggan untuk berubah demi kami..
Aku ada baca ayat ni kat satu kad kawen tu.. ntah sape punya kad aku x ingat..
”Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA , Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A. W,”
Kesimpulan daripada himpunan perasaan aku dan kawan-kawan aku ni mudah aja.. perempuan kena sedar value diri masing-masing.. Tak semua lelaki itu jahat dan tak semua perempuan itu baik.. ada banyak lagi lelaki yang baik dan sesuai dengan kita diluar sana..dan ade gak perempuan jahat kat luar sana.. coz ada gak perempuan yg buat semua perkara diatas..
Neway, jodoh itu ada dimana-mana.. jangan terlalu taksub dengan kekasih kita sampai kita menjatuhkan sendiri value diri kita.. sampai kita ”buta” untuk melihat kelebihan diri sendiri.. sampai kita memperbodohkan dan menghambakan diri pada lelaki atau perempuan yang sebenarnya tidak menyayangi kita dengan sepenuh hati.. kenapa perlu menjadikan seorang itu sebagai priority hidup kita sedangkan kita ni hanya satu option atau pilihan dalam hidup mereka?.. Kalau kita sendiri tak sedar dengan value kita, then siapa lagi?.. Memang lah lelaki dah kurang tapi itu tak bererti tiada lelaki yang baik dan sesuai dengan kita diluar sana.. setiap manusia telah dijanjikan pasangannya.. The One for u is out there.. kita tak nampak mereka sebab hati kita dah buta dek cinta yang sedia ada.. all i can say is that..
“There’s a point in your life when you get tired of chasing everyone and trying to fix everything.. But it’s not giving up… It’s actually realizing that you don’t need certain people, the bullshit and the drama that they bring..”
And
“Don't let someone become a priority in your life when you are just an option in theirs..”
Renung-renungkan dan selamat beramal… ahaks..
*aku edit sambil mengunyah jemput2.. amacam?.. cara x?..
No comments:
Post a Comment