Wednesday, July 22, 2009

Apakah yg boleh dikira sebagai Patah Hati (Broken Heart)

1. PATAH HATI ialah keadaan dimana kau rasa payah dan sangat lemah untuk bangun pagi sebab kau tau bahawa reality yang sangat tak best sedang menunggu kau

2. PATAH HATI ialah keadaan dimana kau menangis tanpa henti sampai kau tertidur kepenatan dan kemudian bila bangun tido kau sambung balik nangis

3. PATAH HATI ialah keadaan dimana kau asyik teringatkan orang yang buatkan kau patah hati.. tapi masalahnya kau ingat segala kenangan indah sahaja... yang pahit2 tu haram kau lupa.. pastu kau sambung nangis sebab rindukan memori itu..

4. PATAH HATI ialah keadaan dimana bau ex korang tergiang2 lagi kat otak korang padahal korang dah lama putus dan ex korang mungkin dah tukar perfume lain..

5. PATAH HATI ialah keadaan dimana jantung korang akan berdegup kencang dan hati terus berasa sayu setiap kali nama ex korang disebut atau apa2 saja yg kedengaran macam nama ex korang disebut..

6. PATAH HATI ialah keadaan dimana air mata korang bergenang bila terpandang gambar korang berdua masa time bahagia dulu..

7. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang tersentap setiap kali terbaca surat2 lama dari ex korang dan terpaksa menyimpan semua pemberian mereka jauh dari pandangan mata..

8. PATAH HATI ialah keadaan dimana dalam diam korang mengharapkan cintanya semula dan mengimpikan ex korang balik semula pada korang sambil melutut merayu..

9. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang mengharapkan peluang sekali lagi untuk bersama kembali dengan org yg bertanggungjawab mematah-matahkan hati korang sebelum ni..

10. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang buat2 x kisah dan x peduli dengan segala caci maki dan tohmahan kengkawan ex korang tu..

11. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang letak telepon dgn serta merta setelah mendail 3 digit pertama no telefon ex korang tu..

12. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang menjerit2 dan merayu semahu-mahunya dalam hati agar ex korang terima korang balik..

13. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang secara tiba2 rasa sunyi, kesepian dan merana bila terserempak atau terlihat ex korang jenjalan dengan kekasih barunya yang mmg sah2 xde lah lawa mana pon..

14. PATAH HATI ialah keadaan dimana xde ape pon yang korang lakukan dapat membuatkan diri korang percaya yang korang sebenarnya telah menerima kenyataan perpisahan tu dan korang dah ok..

15. PATAH HATI ialah keadaan dimana korang mendengar lagu cinta korang yang sah2 akan patahkan hati korang tapi korang tetap dengar berkali-kali dan confirm disertakan dengan tangisan... tp pendengaran tetap diteruskan..

16. PATAH HATI ialah keadaan dimana sebenarnya korang harap korang mati dek patah hati tu... tapi masalahnya tak mati pulak.. damnnnn..

1 comment:

SlacKerZ said...

aku yang mengalami sume simptom ni...