Wednesday, August 11, 2010

Pesanan Dato'..

Ini gua dedicate khas untuk para suami... bakal2 suami... bekas2 suami.. dan sape2 saje yg nak baca lah pesanan ni...

Gua dapat benda ni kat fesbuk... sape ntah tag kat wall gua.. bagus gak dia tag.. atleast gua ble kongsi pesanan ni dgn lu org suma... gua yakin ramai dah bace benda ni... tapi sure ramai juga yg belom kan...

Ini Pesanan untuk para suami diluar sana oleh DATO’ DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH.. harap2 lu org ble lah jadikan iktibar... sbb benda ni mmg berlaku pon disekeliling kita... and buatkan gua yg x kawen lg ni kecut perut kalau dapat husband yg x paham bahasa gini... harap2 dijauhkan lah... amin... neway, renung2 kan lah dan selamat beramal... hahahaha..



PESANAN UNTUK SUAMI OLEH DATO’ DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH

Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila dia tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Kalau nak ajak member/keluarga bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua awal.
Jadi bolehlah dia memasak yang sedap-sedap dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok saiz badan sendiri dalam cermin dulu.

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolak ansur, jadi mengapa isteri awak kena tolak ansur kalau awak buat?

Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni mudah sahaja.

Allah s.w.t. berfirman,
“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

4 comments:

Unknown said...

mmg perlu dibaca. gua vote yg ini.

kupu-kupu biasa said...

ye.. sila hantar undian anda ke 323232... hehehe...

Unknown said...

lu mcm da tak sabar nak berlaki je...?

kupu-kupu biasa said...

xde manenya... gua post saje nk share.. dah org post kat fb gua byk2.. kang x letak kat blog kang kate gua belagak.. hehehehe...

neway.. gua lagi takut utk berlaki wei... relaks2 dulu...