Monday, August 13, 2018

Entri Paling Sedih 2018 Part 1


Dear readers.. followers.. anyone..


Berat sebenarnya nak cerita sesuatu yg personal or yang terlalu personal… Hanya selepas beberapa bulan ianya berlaku baru gua ada kekuatan (tipu , no such thing as kekuatan) untuk menulis..
Beberapa bulan ini adalah sesuatu yang amat memeritkan dan memenatkan serta merunsingkan..
Bertabah lah… entry kali ini sangat panjang… tapi gua yakin korang akan rasa entry ni menarik… serious x tipu… and agak relate dgn entry gua sebelum-sebelum ni..
Just bare in mind juga progress bahasanya juga makin lama makin penuh makian… what do u expect kan… luahan perasaan penuh berani ni…

MY HUSBAND IS DIVORCING ME..

Yup u read it right… MR out of nowhere drop the bomb… without warning… without obvious sign… without even bagi peluang untuk gua membela diri… secara tiba-tiba gua x dpt call.. msg or menghubungi dia for few days dan kemudian dia ckp dia tawar hati… later on gua terima msg dia kata sampai sini sahaja jodoh kami dan urusan cerai akan di selesaikan di Pejabat agama or court… ye.. semudah itu… setelah 9 tahun kenal… 6 tahun kawen… gua diceraikan ketika ayah gua sakit tenat… dan ketika gua juga sakit (gua period nonstop.. doc bg ubat mcm2 pon period xnak berhenti)… tanpa belas kasihan… tanpa sebarang perbincangan… tanpa sebarang peluang merubah keadaan.. tanpa sebarang sebab yang betul-betul logic untuk bercerai..

How does it start?
Entah… tiada tanda-tanda besar pun… Tahun lepas bercinta travel sana sini bersama.. very loving and all.. kerap jumpa… kerap berkasih syg… kerap percubaan dapat anak…
Bulan Januari 2018 dia bank in duit bonus dia pada gua sikit as a present sbb lama kawen gua x pernah dapat apa2 ms dia bonus… sbb ada je dia nk settlekn benda.. kete rosak lh apa lh.. so tahun ni br dpt… bulan januari ni juga dia beli tiket balik raya… since tahun ni turn raya dgn family gua…
Bulan Februari 2018, dia balik jumpa gua… dating mcm biasa… bercinta beria2 mcm biasa… beli langsir raya lg and dia siap pasangkan langsir 1 rumah…

Bulan Mac 2018… bday gua dia x blk… sbb dia kata dia ada tennis tournament… sejauh mana kebenaran tu gua x pasti sbb gua x dpt contact dia sgt.. dia mula sendu balas msg or call.. tp still call ms bday.. video call lg.. lps tu dalam 17 Mac dia mula x angkat sebarang call… x balas msg… gua call dekat 200 kali dia x angkat… fb dan ig pon dia dh start x aktif… so gua xtau dia kat mana… apa dia buat.. or apa mslh dia… later on gua call lg dia angkat… but suara dia dah lain… dia cakap dia sunyi… gua buat dia sunyi… gua x beri perhatian pada dia… dia cakap dia syg gua lebih dr gua syg dia… yes gua admit gua sedikit bz tp gua x pernah x call or msg… dia yg x balas msg or angkat call… and x salah pun kalau dia yg call gua kalau gua x dpt call since dia call gua free kot.. gua cuba tenangkan dia tp dia keep on blame game.. dia even ungkit menyesal x beli rumah kawan dia… sbb gua x bagi beli dulu.. beb.. bukan gua x bg beli… tp ms tu br kawen 2 tahun bhai… duit nak jumpa dia pon xde nak beli rumah celah bedah mana?..

Dia ungkit patut gua yang pindah sana masa nak kawen dulu… beb… gua dah ajak bincang isu ni byk kali gila… dia yg keep ckp nanti bincang.. and dia yg suruh gua duduk sini jaga mak and ayah gua, nanti dia akan blk often to visit… Ya Allah… kenapa nak ungkit benda2 mcm ni?..
so gua Tanya dia, “abg nak ceraikan syg ke?”… dia x jawab… gua dah nangis.. “kalau itu xde dalam fikiran abg, lama dh abg jawab x… kenapa abg diam je?”.. dia tetap diam… and keep on repeat yang dia dah tawar hati dengan gua… dia repeat yang dia x suka bila gua suruh dia bincang dgn adik beradik dia pasal nak buat kan rumah untuk mak dia (yg ni gua x paham… kan rumah untuk parents lu, tanah pon parents punya kalau x bincang dgn adik beradik nanti jadi isu kalau lu bina, as if lu nk bolot tanah tu bila parents dh xde… trust me… gua dh penat dgr cerita gaduh adik beradik rebut tanah ni.. and mmg keje gua dgr org mengadu pasal isu ni je kat opis)..
Lepas tu dia start xnk angkat fon lg… msg x baca pon…. Padahal tiket balik sana bulan April gua dah beli ni…

Gua jumpa petikan dalam internet yang kata berdosa jika suami isteri tidak bertegur selama 3 hari berturut2.. Allah murka.. gua send kat dia artikel tu… amazingly dia reply “ok syg”… lepas tu dia angkat call sehari sekali or bls msg sehari sekali… ada lh khabar berita dr xde langsung…
Bulan April… gua balik sana… dia amik… suara dia lembut tp muka dia bengis… dia x pandang gua langsung pun… sampai umah dia lepas mandi dia siap2 nak terus keluar makan dgn gua… gua pelik gak… usually kalau Khamis mlm jumaat kitaorg xkan terus keluar makan sbb MR akan baca Yassin dulu… tp harini dia skip Yassin… tp gua x suspek apa… dia bawak makan kedai yang dah lama dia janji nak bawak makan… otw jalan ke restoran tu dia pegang tgn gua mcm biasa… usap belakang tgn gua mcm biasa… the normal thing.. x lepas walau sekejap… sepanjang gua blk sana suma mcm biasa… tgk tv pon pegang tgn mcm biasa… tp ms hantar gua kat airport gua dapat detact something wrong… dia hug gua xnak lepas… mcm x bagi gua blk tp dia x ckp… mcm berat sgt hug tu… mcm ada benda x kena… mcm dia takut nk lepas… ms kat boarding hall dia still bls msg gua… but the moment gua sampai sini blk dia start semula…

Keesokan harinya dia x angkat blk fon gua… msg x balas sgt… balas sekali je marah2 sbb dia rasa gua ganggu dia.. dah mula balik jd mcm dulu… and gua x semena2 lepas blk jumpa MR gua period non stop… sedangkan br 2 minggu lps gua abis period.. mcm mana ble period balik kan…
Dalam 24 April mcm tu, ayah gua pengsan kat supermarket… gua dah mcm org gila menangis rushing balik rumah dr opis… gua call MR x angkat2 so gua bgtau biras gua and I bet biras gua bgtau mak MR and mak MR bgtau MR…. Mr call gua utk tenangkan… dia even call mak gua Tanya pasal ayah and ckp dgn ayah sendiri masa ayah sedar… masa ni kami semua igt keadaan dah Nampak positif and dah boleh bernafas lega..

Silap… kami semua silap… pada 1 Mei 2018 ketika semua sedang seronok golek2 atas katil sebab labour day… gua terima msg Wassap pagi tu dr MR.. panjang yang amat…. Yup…. Mesej dia nak ceraikan gua… dia x sebut secara terang nak ceraikan gua like “Aku ceraikan kau” or “aku pulangkan kan semula kau kepada keluarga kau”… x… dia tulis dia sorry.. sebelum macam-macam benda lagi jadi dia buat keputusan jodoh kami hanya sampai disini.. dia faham dan tahu apa yang dia nak.. dosa biar lah dia tanggung. Tapi dia mmg dh x boleh nak teruskan.. urusan cerai nanti kita settlekan di Pejabat agama or court…

Semudah tu ayat dia… pakai mesej je… kawen kemain beria siap risik and tunang bagai kemain meriah sekali nak cerai mcm tu je… and gua call or msg dia mmg dia dh x balas dh… ayah and mak gua call pon dia dh x peduli… gua call family dia… bukan nak burukkan lah… but family dia amat x membantu… sampai harini family dia Cuma angkat fon call gua sekali je dgn ckp”nanti Tanya MR”… lepas tu semua call or msg gua sendu gitu je x berbalas.. parents gua call nak bincang apa nak buat sekarang ni pon family dia x layan… hina kan status family gua?

Gua berhari2 x makan… x bangun dr katil… just nangis dan terus nangis sampai bapak gua kena buat air penawar lh… tahap smpi mcm tu… pumpkin masa tau tu nangis sekali dgn gua… dia pon x sangka ble tiba2 kena cerai masa keadaan tgh kucar kacir mcm ni…

Gua tahap dah jumpa lawyer nak bincang apa gua patut buat semua… tp sebelum sempat gua buat keputusan tu, gua mcm x sedap hati so gua mintak tlg biras gua Tanya kawan dia yang ble scan org… sebab gua nak tau mmg MR saje nk jadi jahat atau ada benda yang buat dia jadi jahat… entahlah… seriously gua bukan jenis orang yang taksub dgn benda2 gini… ntah kenapa kali ni gua eager nak tau…. Ringkas je jawapan kawan biras gua “Dia kena sihir jin pemisah”…. Lu ble bayangkan x betapa luluhnya hati gua masa tau tu?.. tp biras gua ckp xtau siapa… MR ke gua.. sbb kwn dia x bls2 dh pastu sbb kawan dia ni tgh ubatkan diri sendiri yang terkena sihir lepas ubatkan org..


Bersambung…

No comments: