Friday, August 28, 2009

Jenis cinta yang aku tau..

Mengikut pengalaman aku dalam upacara bercinta ni, aku rasa ada 3 jenis cinta..

First: Kau sayang dia tapi dia tak sayang kau



Second: Dia sayang kau tapi kau plak tak berape ada feeling dengan dia



Third: Dia sayang kau and kau pon sayang kat dia



Buat masa ni tu je aku ble tulis.. idea still merata2.. and mak aku pon dah macam tarzan jerit kat bawah tu suruh aku mandi.. adehhh.. mandi pon kena paksa aku ni... nanti ah dah dalam keadaan nyaman nanti aku sambung apa yg patut pasal tajuk ni... tu pon kalau aku rasa benda ni patut disambung.. ahahaha...


(satu jam kemudian)..

ok.. now aku nak sambung balik..


First: Kau sayang dia tapi dia tak sayang kau

Cinta yang macam ni agak menyakitkan.. sebab kau jer nanti yang beria2 nak selamatkan relationship tu and dia plak akan sambil lewa jer... kau ade or xde tidak memberi sebarang impak besar.. and end up bila gaduh (walaupon dia yang salah or curang) kau jer yang akan mintak maaf.. dia selalunya sangat pandai putar belitkan ayat sampai kau tanpa pikir panjang terus jer mengalah.. ada kemungkinan juga mereka2 ni akan cepat naik tangan.. kau plak akan menadah dan menerima jer sebarang kungfu mereka coz benar2 sayang diaorg ni and tak nak diaorg tinggalkan kau..

Aku dah rasa dah rship mcm ni.. seriously mmg macam gampang... badan aku ni mcm punching bag jer... balik2 aku pujuk hati aku yang one day nanti dia akan berubah... TOLONG FOKUS WAHAI KENGKAWAN KU, MEREKA MEMANG TAK AKAN BERUBAH.. aku rasa 3 1/2 tahun merupakan tempoh yg cukup lama untuk aku bagi peluang... memang susah nak tingalkan tapi korang kena yakinkan diri korang yg harga diri korang jauh lagi tinggi dan lebih bernilai dari cinta org yg memang sah2 tak sayang korang .. come on lah, kat luar sana ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dan lebih mulia yang nampak kelebihan kita and sanggup bagi cinta diorang tu kat kita...

**notabetis: ni aku namakan relationship sentiasa memberi... which mean balik2 kau jer kena beri atau penuhi permintaan dia... nak tau korang terjebak dalam kategori ni senang ker, korang sanggup mati demi dia, tapi dia nak pinjamkan phone diaorg untuk korang call mak korang pon payah... korang sanggup lakukan ape saje untuk buat dia hepi tapi mereka tetap kata "I tau u sayang i, u baik dengan i, u cintakan kan i.. i hargai tapi sori sgt2 sebab i tak dapat sayang u mcm mana u syg i"... SILA TINGGALKAN SAJE MEREKA2 YANG DURJANA NI..





Second: Dia sayang kau tapi kau plak tak berape ada feeling dengan dia

Hmmmm... memang ah best bila ada org sayang kita lebih dari kita sayang dia... trust me.. apa korang mintak sure dapat.. korang buat dia marah macam mana pon, diaorg ni tetap datang merapati korang semula.. memula aku tak nafikan ah relationship yang macam ni memang ah seronok... sangat seronok.. kau macam ada sugar daddy sebaya gitu.. kau bentak2 macam mana pon kau tetap permaisuri dihati diaorg ni.. tapi perasaan ni tak akan kekal lama... at one point kau akan rasa bosan dan sunyi coz org yg kata dia sayang kau lebih ni usually akan hambakan diri dengan keje... kononnya nak kumpul duit cepat nak kawen dgn korg... and end up korang akan rasa sunyi and akan rasa sangat bosan..

**nota betis: aku namakan ni relationship sentiasa menerima.. which mean kau menerima secara membabi buta.. seronok masa mula2 tapi at one point kau akan rasa hidup kau kosong.. dan relationship kau akan rasa hambar sebab xde cabaran.. nakdetact korg kategori ni senang jer... dia sanggup berkorban apa saje untuk korang tapi korang nak pinjamkan RM50 kat dia pon korang akan berkira... bila dia ajak korang keluar pon korang akan bagi macam2 alasan... ajak kawen xyah cakap ah, lagi korang elak sungguh2..



Third: Dia sayang kau and kau pon sayang kat dia

Ni pada pendapat aku relationship yg paling ideal.. suka sama suka... perasaan yg sgt natural.. segalanya akan dikongsi bersama... susah senang suka duka.. so setiap detik relationship tu akan menjadi lebih bermakna coz setiap saat bersama adalah atas usaha berdua... so kalau nak hepi, dua2 kena bekerjasama untuk menjayakan relationship tu... takde nak berat pada mana2 pihak... segala apa prezen kecik atau besar akan dihargai oleh kedua2 belah pihak... perasaan cemburu ada.. tapi minima dan dalam kuantiti yang selamat.. gaduh tapi tak lama sebab rindu and sanggup berebut siapa yang cakap sori dulu..

**notabetis: ni cinta paling best.. tapi susah nak dapat.. ada tapi sukar ditemui dalam satu carian.. kena tempoh few asshole dulu baru boleh ketemu.. ye lah kalau tak camne kau nak tau dia ni yang terbaik kan??...


Aku yakin semua orang akan jumpa cinta jenis ketiga ni.. antara cepat atau lambat jer... mungkin jodoh korang tu pakai jalan lama sebab nak elak tol, tu yang sampai kat depan korang lambat sikit... tapi ada... jangan risau... tak perlu terlalu gopoh untuk tetapkan atau labelkan yang kekasih korang yang sedia ada ni adalah "THE ONE"... especially if dia ni cinta pertama korang... susah nak tentukan seseorang tu "THE ONE" atau tak... coz benda2 macam ni xleh tgk dengan mata kasar.... mata hati pon xleh gak coz kite ni kalau tgh kemaruk bercinta kengkadang hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran... aku tau semua benda ni sebab aku pon dulu macam ni gak.. ni dah tua bangka and cerdik skit ni baru lah sedar kesengalan diri sendiri... but then pengalaman yang macam gampang tu lah yang akan lebih mendewasakan dan akan lebih membantu dalam pemilihan pasangan hidup suatu hari kelak... sumpah ayat aku macam ayat motivasi dah ni... hahaha.... serious aku kena tukar kerjaya.. dari kerani cabok to kaunselor cinta yang berprestij.. hahaha...

Wednesday, August 26, 2009

kucing jantan atau betina?

masa tgh lepak2 sembang2 dengan kawan aku, tetibe dia bukak cerite yg maha lawak pasal kawan dia punya jiran.. budak kecik jer... darjah satu gitu.. menurut cerite kawan aku dak laki ni baru pindah rumah kat area ni... masa tgh angkat sangkar kucing dia tetibe anak jiran dak laki ni berborak sesama sendiri...

Budak 1: kau rasa kucing tu jantan ke betina?

Budak 2: eleh.. mestilah jantan..

Budak 1: macam mana nak beza?

Budak 2: kan dia ada misai tu.. jantan lah..

kalau korang kat situ rasanya apa respon korang?.. hehehehe... yang penting lepas kawan aku cerite tu aku dah rasa cam nak pitam sebab gelak banyak sangat... tangkap maut betul statement budak2 tu... kecik ati kucing kawan aku tu...

lelaki-lelaki yang patut dihindari sebelum terfikir untuk teruskan hubungan dengan mereka...

1. lelaki yang hanya misscall dan korang kena menyusahkan diri call diaorg balik.
(kalau korg penting dalam hidup diaorg, xde maknanya dia mscall.. dia confirm call. Alasan xde kredit tu dah xleh pakai coz klu xde kredit then jgn ah mscall. Dok je kat umah diam2)

2. lelaki yang selalu melengahkan masa utk couple dgn korg.
(maknanya dia sendiri tak sure korg ni the one for him ke tak. Selain tu kemungkinan besar dia nak luaskan dulu pilihan dia. Alasan belom bersedia or takut dikecewa tu suma bullshit coz kalau dia betul suka kat korg dia kompem tak nak biar org lain ada peluang tackle korg)

3. lelaki yang ada lebih dari satu nombor handphone.
(AWAS.. kemungkinan besar satu skandal satu no phone so that tak kantoi bila tgh keluar dgn korg.)

4. lelaki yang hanya nak kau buat dia hepi.
(Relationship works in two ways yer kengkawan. Kena ada give and take. Bukan give or take sahaja semata. Kau nak hepi kau pon kena buat aku hepi gak kan? Mana aci ko sorg2 hepi.)

5. lelaki yang tak mahu kenalkan korg dekat kawan2 dia and dia pon tak nak kenal dengan kawan2 korg.
(so that dia senang nak tinggalkan korg. Selain tu kalau kawan2 korg kenal dia, nanti dia tak boleh menyeleweng dgn org lain coz takut kantoi)

6. lelaki yang tak pernah bg komen kat fesbuk korg.
(supaya kawan2 korang tak kenal dia and tak terserempak dengan dia bila dia menyeleweng dgn org lain)

7. lelaki yang tak mahu korg bagi komen kat fesbuk dia.
(sama mcm sebab2 terdahulu. Tak nak kawan dan keluarga kenal korg so that senang sikit nak tinggalkan korg.)

8. lelaki yang sentiasa xde duit dan selalu meminjam duit korg.
(mereka ni spesies yg enjoy memanjang sampai xde saving langsung and saje nak mengikis harta. Padahal korg org biasa2 aje. Lelaki yang baik takkan makan harta isterinya. Ni tak kawen lagi dah melantak duit kau byk2. dah kawen sok tak tau ape cite. Neway, cuba korang pikir secara logik, call korang xnak.. sms korang pon diaorang xnak coz kredit xde katanya... tapi bila part nak duit korang, cepat betul dia sms semula nombor akaun diaorang).

9. lelaki yang terlalu sweet talker.
(pernah tak korang terfikir yang dia dah selalu buat and dah tahu cara untuk cairkan hati korg utk ikut cakap dia?)

10. lelaki yang suka kau sebab kau baik jer padahal banyak lagi kelebihan kau.
(bila kau tanya kenapa dia suka kau, dia jawab ”sebab awak baik” lupakan je lah lelaki macam ni. Ini maknanya dia pon tak tahu kelebihan kau. dia Cuma tahu kau suka dia and kau buat apa je yang dia suruh. Sebab tu dia kata kau baik. Kelebihan kau yang lain memang dia tak pernah amik tahu pon)

11. lelaki yang tak kisah kau ada atau tak sebab dia tau kau akan cari dia gak bila kau sunyi. (alaaa... kau Cuma tempat utk mengisi masa lapang dia di waktu malam and hujung minggu bila kengkawan dia kuar dgn awek diaorg dan tinggalkan dia keseorangan. So selagi dia ada kengkawan dia, dia tak akan hirau pon kau katne dan buat apa.)

12. lelaki yang selalu cakap dia sayang kau tapi dia tak pernah tunjuk pon apa2 perbuatan yang menunjukkan dia sayang.
(beb, tolong ah wei.. x semestinya kena tunjuk sayang dengan duit.. beli itu ini.. x perlu tu semua.. kau ada masa dia sangat memerlukan kau pon dah cukup baik)

13. lelaki yang terang-terang gunakan kau untuk kesenangan diri sendiri.
(Contohnya kalau kau ada keta, then dia selalu pinjam or selalu suruh kau amik dia tapi satu sen pon tak bayar. Sekali takpe tapi kalau dah selalu maka wajiblah kau tinggalkan dia kat tepi highway)

14. lelaki yang terlalu mengongkong.
(tak kawen lagi pon dah over dose tahap jelous dia. Beb, kalau kau tak percaya kat aku baik kau tak payah couple dengan aku.)

15. lelaki yang sentiasa buat kau sangsi dengan keikhlasan dan kesetiaan dia.
(macam aku cakap tadi ah. Xde guna kau couple dengan seseorg tu kalau kau tak percaya dengan orang tu coz relationship is also about trust. Love is giving someone the power to break your heart but trusting them not to. So trust tu amat lah penting. Antara kau tinggalkan perasaan curiga tu or kau tinggalkan ajelah dia.)

16. lelaki yang suka bermain dengan perkataan “break”, “broke up”, “time off”.. atau ape2 ajelah yang sewaktu dengannya..
(lelaki spesies ni mmg sah2 xde pendirian. Belum kawin dah suka sangat nak mintak putus sampai 18 ratus kali and lepas tu pujuk rayu suruh balik dengan dia semula, tapi pastu nanti dia ringan mulut balik mintak putus bila rasa nak putus. Atleast masa couple ble rujuk balik brape juta kali dia nak. Tapi kang kalau kawin mana boleh. So better korang pikir elok2 before nak lebih serious dengan lelaki spesies macam ni.)

17. lelaki yang ”flirt” dengan perempuan lain depan korang. Adat lah bagi seorang lelaki itu menikmati keindahan rupa paras perempuan. Tapi agaklah tidak sopan kalau tengah keluar dating dengan korang tapi mata melilau tengok perempuan lain.
(if dia boleh buat macam tu depan korang, just imagine apa diaorang buat bila korang takde depan dia. Kalau betul dia suka korang, takde maknanya dia nak tengok orang lain penuh nafsu depan korang, baik dia tengok korang kan?)

18. lelaki yang selalu sangat cerita pasal ex-gf dia.
(tolong ah wei tinggalkan mamat macam ni segera. Ini maksudnya dia nak sangat balik semula dengan ex dia. Once ex dia bg green lite nak kat dia balik, sure dan confirmlah dia tinggalkan kau).

19. lelaki yang tak pernah ada bila kau perlukan dia tapi bila dia perlukan kau, kau kena ada. (maka ini confirm lah kau ni Cuma teman tapi mesra. Kalau dia suka tahap gaban dengan kau, dia confirm akan sentiasa tunggu masa kau perlukan dia coz masa ni lah dia nak tunjuk yang dia ni sangat berguna dan fokus kat kau jer. So kalau dia madah takde, kau call dia tak angkat and tak telefon balik pon lepas tu, maka dia memang malas nak layan kau sangat coz bagi dia kau bukan sape2 pon.)

20. lelaki yang tak menghormati kaum perempuan. Fokus utama ialah cara dia layan mak dia dan adik beradik perempuan dia.
(kalau dengan mak dia pon dia boleh berkasar dan kurang ajar, dengan korang apatah lagi nanti.. so seeloknya larikan lah diri anda dari lelaki yang sebegini)


Aku hanya mampu menasihati sebagai seorang kawan dan sebagai seorang yang pernah lalui hampir semua diatas dan juga sebagai seorang yang dah penat dengar kengkawan aku mengadu pasal lelaki yang diaorang kenal. Apa yang aku boleh cakap ialah jodoh itu ada dimana-mana dan setiap orang ada jodoh masing-masing. Antara cepat atau lambat je. Aku rasa tak perlu lah kau kelam kabut sangat nak pilih teman hidup. Tak perlu takut yang mungkin kalau kau tinggalkan mamat tu kau tak akan jumpa orang lain lagi. Halllooooo... dunia ni besar lah beb. Banyak lagi lelaki lain yang layak untuk kau. Aku ada terbaca satu buku omputih ni, dia kata seelok-elok nya tulis list lelaki macam mana yang kita betul2 nak. Dari segi fizikal , mental, spiritual dan sosial life mcm mana yang kita boleh terima. Tapi jangan over sgt plak. Mungkin dalam dalam list kau tu ada beratus atau berjuta kriteria. Tapi kau Cuma boleh amik 10 kriteria yang kau betul2 nak. Then kau patut cari orang yang menepati 10 kriteria itu je. 9 dari 10 pon kau kena abaikan. No such thing as sipi-sipi. Kau kena tegas. Jangan terlalu merendah diri merasakan kau tak layak dapat lelaki yang elok. Percayalah kita semua cantik dalam cara kita tersendiri. Kita juga ada hak memilih since ini melibatkan masa depan kita juga.. so pikir kan lah.. dan selamat mencari cinta... woohhoooo..

Tuesday, August 25, 2009

Kemusykilan.. (betul ke aku eja ni?)

"There's a truth behind every "JUST KIDDING"... a little curiousity behind every "JUST WONDERING".. a little knowledge behind every "I DONT KNOW".. and a little emotion behind every "I DONT CARE".."

pelik gua dgn perangai lelaki ni.. calar kat keta dia sebesar kuman pon dia ble nampak tapi awek dia sedih sebab perbuatan dia sikit pon dia tak sedar.. padahal awek depan mata tu.. gonjeng.. and aku tujukan khas quotes ni buat semua ex aku... ahahaha... macam haram statement.. budget banyak ex..

ok aku bosan.. apa aku nak carut malam ni ah?.. hhmmm... aahhh baik gua duduk depan tangga umah tengok mamat2 maneesss balik terawih... ahahaha.. sangat cara..

Monday, August 24, 2009

Zaman aku sekolah..

Aku xtau ah zaman korang camne…tapi yg penting aku masa sekolah dulu ada cita2 nak lari rumah… mak aku asyik bebel jer… suma yg aku buat salah.. yang xleh blah aku siap packing bag nak lari rumah tu… tapi pastu x jadi sebab buku bank aku pada mak aku… duit dalam tangan plak ada lah dalam RM3.40.. pergghhh tambang gi Desaru pon x lepas.. macam haram… so dengan hati sebal dan sentap, aku keluarkan balik baju2 aku dari beg dan terus turun bawah makan pengat pisang nenek aku masak..

Malam tu aku dapat idea yg sangat magnificent.. aku tulis surat… kengkonon ditujukan kepada mak aku… berbekalkan ilmu mengarang karangan surat tak rasmi yang aku baru belajar kat kelas tadi siang.. aku luahkan isi hati aku yang paling touching sekali kat surat tu… aku cakap ah aku x puas ati.. nape dia suka sabotaj aku and asyik menangkan abang aku.. aku ni anak angkat ke.. kalau ye sape mak bapak aku.. pastu aku suruh dia stop bully aku coz aku pon ade perasaan walaupon aku anak angkat dia jer.. pastu aku cakap ah yang aku dah tak tahan kena marah sedangkan yang buat salah sebenarnya abang aku.. pastu aku mintak maap kalau kehadiran aku dalam hidup dia ni menyusahkan dia… pastu aku suruh halal kan makan minum aku… pastu aku sain nama aku kat tengah bahagian bawah surat tu coz aku lupa cikgu ajar surat tak rasmi sain belah kiri ke kanan… jalan mudah aku sain kat tengah… yang paling sengal nak mati, surat yang sangat puitis tu aku gi tinggalkan dalam poket seluar bermuda aku… so secara penakulan mantiknya masa mak aku basuh seluar aku dia jumpa surat tu… pergghhhh… macam haram… x pasal2 aku kena dengar kuliah subuh tatkala hari baru menjangkau waktu Asar… mak explain nape dia marah2 aku… dia kata sebab dia sayang (which till now aku still x paham konsep ni)… pastu mak kata aku memang anak dia… siap tunjuk surat beranak tu.. pastu bila ayah and abang aku tau pasal hal ni.. diaorang gelak sampai guling2.. macam haram… sampai harini aku mogok xnak tulis surat tak rasmi..

Friday, August 21, 2009

Budak-budak sekolah zaman sekarang..

Tadi aku lepak dengan jayanyer di McD sementara menunggu solat jumaat tamat… ye lah, xkan aku nak join plak.. sebagai seorg yg mmg ikut peraturan rehat, tepat jam 12 aku dah get ready nak lunch… jam menunjukkan tepat 12.01pm… aku pon gi lunch..

Jalan2 ke emporium memang pack dengan makcik2 and kakak2 kerajaan yg masih lagi x bukak name tag mereka.. belagak lah tu… mentang2 ada org dalam tolong push nama dia untuk keje situ… name tag terus disua2kan jer… eleh.. tunjuk kad matrik aku kang baru tau… siap ada touch n go and kad bank tau… korang punya ada ke?..

Setelah berlarian anak ala2 cerite Baywatch ketika melintas jalan, kiteorg pon gi lepak McD.. perghhh penuh dgn budak sekolah… lelaki meja belah kanan and perempuan meja depan aku.. yg lelaki sibuk bandingkan jawapan exam percubaan pmr diaorg kot… while yg perempuan sibuk amik pic guna camera henfon.. cilaka.. aku dulu sekolah public phone pon jarang2 guna.. tepon rumah dah dikunci elok and ble picit 999 jer… masa masuk pengajian tinggi ler baru merasa pakai henfon.. tu pon cap Mitsubishi.. pelik kan?.. camne syarikat buat keta ble jual henfon… aku pon pelik tapi org dah bg aku pakai je lah… xde camera2 bagai ni… ciisss…

Pastu nak dijadikan cerita, aku usha baju sekolah diaorg… baju kurung.. kain senteng macam banjir… tapi dak group meja sebelah tu plak trend kain sapu lantai… stok labuh nak mati… pinjam baju mak diaorg kot… huhhh… x berubah lagi rupanya trend2 diaorg ni… kain banjir and kain sapu…

rambut rebonding x ble blah tu.. aku sekolah dulu nak potong rambut pon x mampu… semua rambut sepesen satu group ni.. rebonding and ikat pony tail… while group sana plak pakai tudung tapi stok tundung pendek… mungkin diaorang pinjam adik diaorg punya kot… alaa aku yakin kau paham apa yg aku cuba bayangkan ni kan… dulu masa korang sekolah pon ada budak2 pakai tudung style ni… and then x pakai camisole and pakai bra kaler2 so that tudung pendek tu bila tersingkap ble lah budak laki menjamu mata dgn kaler bra yg kaler2 tu…

ooohhh.. lagi yg aku xleh bla tu…. perghhhh lepak McD tu beb… budak sekarang ni mewah betul… aku dulu kalau kuar jln dgn kawan2 bawak duit cukup2 duit tambang pegi and balik jer… McD tu setakat jalan kat tepi je lah.. ni ok lah McD aritu aku gi J.Co donut pon banyak budak sekolah… kat Secret Recipe.. kat Nandos.. kat Kenny Rogers… perrghhhh banyak siot duit diaorg ni… aku ni pon naik semput nak bayar kalau makan kat sana… tu pon nasib baik gi sana makan atas belas ikhsan org nak blanja.. nama nak gi sendiri tu mmg harapan berbau impian je lah..

Pastu trend beg sekolah diaorg pon gitu… satu group pakai beg yg talinya ditarik abis sampai beng sandang tu nak mencecah tengkuk dah… while group yg satu lagi plak beg di lowered kan sampai cecah punggung… hahahaha

Bila tgk budak2 ni aku rasa nak gelak pon ade… zaman dah makin maju tapi perubahan cuba tang teknologi jer… minda dan budaya tu tetap sama… macam mana budak2 zaman aku dulu, camtu lah budak2 zaman skang… Cuma budak2 zaman aku xde lah semewah budak skang.. kami nak beli barang2 pon kena kumpul duit sendiri.. xde nyer dapat mp3 suma ni… beli kaset yg RM17.90 tu pon mau sebulan aku kena kumpul duit… kalau mak ayah belikan kasut Jack Parcel as kasut sekolah.. perghhhh bangga… rasa mcm nak sangkut je kasut kat bahu sambil kaki ayam.. baru cara… baru semua org tau aku ada kasut mahal.. tapi tu je lah kasut aku sepanjang tahun sementara nak tunggu tahun depan… tu pon belom tentu dapat.. nak beli kapur kasut pon pakai duit sendiri… tu yg aku amik initiative pakai kapur papan hitam jer… tu pon bila nak sport check baru mengelelabah nak rembat kapur.. tu yg sampai tersalah amik kapur kuning tu.. cilaka… kantoi jugak gua akhirnya dengan pengawas… Beg sekolah lagi lah… 5 thn sekolah menengah aku x tukar beg.. kalau koyak aku kasi modified sikit.. letak safety pin… nak lebih canggih, buku teks yg berat (which aku x paham nape cikgu suruh bawak padahal x pakai pon) aku ikat dengan tali khas yg menyilang2 tu… perghhh.. kaler2 tu beb..

neway, korg tau x sesungguhnya sistem Pet- Sis bagai ni suma ada lagi... dammnnn..

Kesimpulan nyer aku rasa budak2 sekarang ni untung betul… semua disediakan… tu pon xnak study betul2.. rugi-rugi.. korang dah umur cam aku ni kang baru korg menyesal xnak belajar betul2 masa SPM dulu…

Thursday, August 20, 2009

Kalau lah aku lelaki...

Sambil tengok keadaan bilik aku yg dah start bersepah atau lebih tepat lagi memang sepah memanjang ni, tetibe aku dapat ilham yg agak mengejutkan aku jugak... tapi dalam menyampah dengan ilham tu, aku akhirnya mengalah dan akur untuk terus berangan kearah itu..

Kalau lah aku lelaki… aku yakin aku banyak awek.. ayat aku semanesss madu… aku akn puji awek aku sebab aku rasa dia layak dipuji walaupon dia kuar dgn aku dgn hanya memakai baju tshirt lusuh dan jeans yg baggy.. sebab aku nampak kecantikan rohani dia bukan jasmani dia…

Aku akan call dia x tentu masa just nak bgtau dia yg aku tgh igt kat dia dan sgt rindu.. aku akn hantar mms comel2 kat dia… akan hantar pic msg gamba aku tgh wat muka so that dia tergelak bila tgk.. aku akan hantar voive msg ckp I love u kat dia … aku xkan abaikan dia walaupon aku bz seharian sbb bayangan dia akan tetap terlintas difikiran aku…

Tanpa special occasion pon aku akan bg dia bunga… maybe bukan satu bouquet besar yg mahal nk mati, cukup sekadar sekuntum ros kaler pink… and bunga tu aku akan bg sekali dgn coklat or accessory bonita kot since budget aku x besar.. tapi aku yakin dia akan tetap suka… bila dia sad, aku akn kirimkan teddy bear kecik untuk buat dia tersenyum semula…

Bila ada duit extra maybe aku akan bawa dia dinner tempat yg istimewa… sethn sekali pon jadilah.. ada gak dinner2 special yg lain tapi aku akan masak sendiri berpandukan buku resepi yg aku rembat mak aku punya… aku yakin dia akan rasa aku sweet sebab EFFORT tu penting… walaupon sesungguhnya aku masak sendiri tu sbb aku sengkek..

Bila awek aku penat balik keje, aku tawarkan diri utk urutkan bahu dia sementara tunggu pesanan makanan sampai.. kesian dia.. Kalau awek aku suka kucing, akan ku carikan dia anak kucing yg maha comel untuk kasi kat dia… tapi kucing jalanan je lah sebab kucing parsi habislah gaji aku… dan aku tetap yakin awek aku hepi sbb dia hargai EFFORT aku…

Bila awek aku nangis2 cerita masalah dia yg ntah ape2 dan x masuk otak tu, aku xkan komen.. aku akan dengar dan hanya respon “iya?”… “jahatnya dia tu”… “kesiannya syg”.. “oowww..”.. “habis tu?”… and aku akan repeat jawapan yg sama Cuma tukar2 je.. coz aku tau awek aku tu Cuma nak luahkan perasaan jer… bukan nak aku selesaikan… tapi kalau masalah dia tu ada berkaitan dgn perangai aku.. aku akan hanya diam… kalau respon pon Cuma “hhmmmm”… “sori”.. “xtau I buat u rasa mcm tu”…. “u tau I syg u kan”… ape2 pon aku akan backing dia ah kalau dia gaduh dgn kawan dia ke ape ke walaupon aku mmg yakin awek aku yg salah… tapi sebagai bf mithali, aku akan tetap sokong awek aku… Aku bukan xnak kondem dia tapi secara logiknya, dia ada kaum keluarga sendiri or kawan2 yg agak backstabber untuk jatuhkan dia.. so agak x feel lah kalau aku join venture ke arah itu...

Bila tgk tv aku akan cuba bg dia plak pegang remote… ahhhh x salah kalau sekali sekala aku plak teman dia tgk akademi fantasia or America’s next top model or project runaway… kesian dia.. xkan nak sogok dia tgk bola jer…

Kalau nak dekat2 raya, aku akan beli kain pasang sendiri yg sedondon dgn awek aku.. so instead of dia je kena follow theme kaler family aku, skang aku plak follow theme kaler dia..

Aku tau awek aku suka baca novel… so aku akan hadiahkan dia novel… tapi xde lah selalu.. ikut kemampuan aku… ahhhh.. aku tau dia suka…. Sebab dia rasa aku sweet kalau aku buat macam tu.. EFFORT tu penting..

Kalau tgh pokai, aku ajak dia jenjalan kat taman bunga or tepi laut jer… jalan… x duduk… duduk tu cam poyo… sambil borak2, peluh pon ble kuar gak sbb berjalan…

Kalau aku lelaki, aku pastikan aku pakai smart… kalau x, kesian awek aku.. dia pakai dah cun tetibe aku datang jumpa dia pakai baju pagoda.. slipar sin tat sing dan seluar Bermuda… perrgghhhh… mmg aku wajib ditikam….

Bila nak tgk movie dgn awek aku, aku pastikan awal2 awek aku nak tgk cite ape and setelah persetujuan dicapai, aku akan beli tiket movie siap2… so xdelah nanti kena beratur panjang berjela and end up kena tgk movie waktu selepasnya… goblok!!

Aku akan pegang tgn awek aku xnak lepas dikhalayak ramai… and even cakap “I Love U” kat dia, depan kawan2 lelaki aku yg lain…. Mampos ah diaorg nak kate ape pon…. Dah sayang… watpe nak control2 sgt… cakap I Love U je pon.. bukan aku peluk cium depan org…


Perrgghhhh.. Kalau aku lelaki.. mmg aku yakin aku sangat diminati dgn ke-sweet-an aku… al-maklumlah, zaman skang ni bukan senang nak cari lelaki sweet macam ni… kalau ada pon ah hampir pupus... macam haram.. and sure aku banyak sgt awek… perghhh tgk tu… belum ape2 niat dah jahat… patut lah aku x jadi lelaki… ehehehehe… neway, no wonder ramai girl yg cun teramat couple dengan penkid and ada yg jadi lesbian and ada yg bertekat jadi andartu jer… selagi lelaki x cuba paham konsep effort tu penting, selagi tu lah ramai girl couple sesame sendiri… aku xde masalah pon pasal isu ni.. sebab aku pon xtau nk komen macam mana… ada nak komen tapi aku xde hak nak hakimi org lain… siapalah aku kan… blaja agama pon x tinggi mana… so baik diamkan diri aje sbb aku Cuma nak bincangkan tentang angan2 kosong aku kalau aku jadi lelaki…. HHmmmmm… apa aku nak letak nama aku ah?.. kalau zaman dolu2 nama bad boys sure Zack.. Azroy… Johan… Black… Farouk.. ahahahahaha… cam haram je entry..

Monday, August 17, 2009

Cari Jodoh - Wali Band... sgt cara doohhh..



Aduiihhhhhh... siot betul... robek jantungku dengar lagu ni... makan dalam tu... fine makan dalam lagi saving dari makan luar but seriously terasa... huhu... tapi agak catchy ah lagu dia.. neway mmg ble relate sgt dgn lagu ni... coz ada one point tu bila aku dijemput ke kenduri kawen like 5 jemputan dalam sebulan... haaa masa ni lah aku rasa cam nak teriak mintak tlg org carikan aku jodoh... hahaha... coz nanti bila jejak je kaki kat kenduri sure kena soalan cepu emas "kau bila lagi nak kawen?".. bongek gonjeng.. sensitip dohhh isu kawen ni... ciissss... next isu pls...

Sebab atau alasan terbaik nape korang jgn terlanjur dgn bf

Aku ni de ah perfect or pandai agama yg serba serbi tapi benda ni suma ada logic tersirat yang aku rase korang kena pikir masak2 sebelum menyerah secara bangang dan gonjeng dgn bf korg.. trust me, aku paham yg korang tu ter-over syg bf korang and aku amat paham sgt ayat semaneesss madu bf korang and janji2 seindah syurga dunia diaorg tu… tapi plsss ah wei… kalau dia betul syg korang, dia sanggup tunggu sampai sah.. neway, ni beberape benda yg aku dapat bentangkan tentang apa yg kengkawan aku bgtau and apa yg jadi kat ex aku dgn ex gf dia dulu… Oh by the way isu ni tetibe berbangkit bila ade lah sorg kawan aku ni tanya aku pasal topik ni and end up ada perdebatan skit pasal isu ni...


Agama

Aku yakin setiap agama yg ada kat dunia ni menegah dari kau buat ehem ehem before kawen… mmg maybe kau x pakai tudung or pakai skirt pendek, tapi itu bukan bererti korang kena buat benda x elok yg lain nya juga... so what korang pakai seksi… yg penting maruah diri tu tolong ah jgn sampai tercela… rugi tu satu hal… dosa besar tu beb.. lu orang ade beran ke nak tanggung di akhirat nanti?..


Masa depan

Memang skang korang xkan rase ape sebab tgh seronok.. korang pernah terpikir x if bf korg tu tak jadi kawen dgn korang kang camne?... dia lelaki senang.. busuk2 or dah buat banyak kali pon xde org tau coz xde tanda… and once dia x ngaku jer kau nak kate ape?.. and trust me.. tetap ade girl yg akan terima dia sepenuh hati regardless or kotor yg dah terpalit kat dia tu.. and as for u girls… hhmmm… tanda sah2 ada kat kau.. bukti pon sah2 ada melekat kat kau.. kau x ble nak menidakkan.. memang ade lelaki yg akan terima kau, tapi berape ramai sgt yg kite dgr sanggup terima perempuan yg dh barai?.. cakap mmg senang tapi yg lakukannya tu x ramai…

Fine.. memang maybe ada yg kawen gak dgn bf yg dah layukan diaorg… tapi berape kerat jer??... kau yakin ke kau akan tergolong dalam golongan yg bernasib baik skit ni?.. and confirm ke nasib baik??... ntah2 dah ade isi…


Mengandung

Ye aku tau… kondom ade rite?.. pil ade rite?... kau confirm ke benda tu benar2 dapat lindungi kau?.. benda tu pon buatan manusia lah wei…. Kite manusia ni byk kelemahan.. accident do happen… so dari kau risau bila period tetibe jer dtg lambat.. kan ke elok kau elak jer buat benda tu before kawen… so bila x buat xde ah kau risau separuh mati kalau x datang period on time…




Psycho gf

Ni jadi kat ex-gf kepada ex-bf aku.. serious… bila korg dh bg sebelum masanyer korang akan jadi gf yg sgt psycho yg akan menyebabkan atau saje2 dijadikan sebab oleh bf korang untuk tinggalkan korang..

Korang akan lebih aktiviti pemantauan bf korang.. setiap gerak geri diaorg kau akan rasa curiga and nak tau.. ini disebabkan korg tau korg dh xde ape sgt nak offer to other guys… and korang dh bazir permata berharga kat bf korang so korang xnak ah dia curang and gi cari perempuan lain.. korang juga akan start membayangkan benda2 merepek yg bakal terjadi pada relationship korang bila bf korang lambat angkat phone or tibe2 bz…

Korang juga akan start jadi gf yg terlalu dependent dan amat merimaskan… (satu lagi point terbaik utk bf korang tinggalkan korang)… korang juga akan jadi kuat mengungkit.. sebab korang rase dulu b4 bf korang dpt, bf korang layan korang sweet jer tapi bila dah dapat, bf korang start dingin and macam x berminat dgn korang… dan seperti biasa korang akan start bayangkan yg bukan2 dan akhirnya jadi sangat psycho sampai bf korang dgn mudah dapat gunakan point ni utk tinggalkan korang..


Keterujaan

Ok lets face it… aku tau ramai yg buat statement yg diaorg kawen sebab nak hidup bersama and whatever shit tapi main thing is that kau nak halalkan ape yg haram kan?.. kalau dah ble dapat benda tu tanpa perlu berkawen, then watpe kawen?.. keterujaan utk first nite akan berkurangan or maybe xde langsung since x kawen dulu pon dia dh ble dapat ape… so ke-excited-an nak tunggu first nite tu mcm dah xde… perrgghhhh… gua mmg tunggu part keterujaan tu beb… hehehehe…


Mati

Hmmm… fine let say bf korg ni mmg betul2 nak kawen dgn korg tapi at the same time dia nak test drive dulu before kawen… korang pernah terpikir x yg ajal maut tu ditangan tuhan… what if x sempat kawen dgn bf korang tu tetibe tuhan ambik nyawa dia.. apa nak jadi kat korang lepas tu?... sape nak tanggungjawab atas erbuatan bf korang tu??.. wei… aku bukan nak doakan benda2 buruk jadi kat bf korang… tapi kite xtau lah wei future kite macam mana…


Pakai Buang

Aku ingat lagi kata2 ex aku... SENANG DAPAT SENANG TINGGAL... aku rasa korang pon paham ape maksud aku kan... kalau kawen, prosedur dah banyak... duit pon banyak pakai dah... so possibility utk ditinggalkan oleh suami tu susah skit ah compared tu ditinggalkan bf.. atleast kalau ditinggalkan suami pon kau still dapat duit and beberape kelebihan lain.. title pon janda so org xde ah expect kau dara lagi so org xkan pandang serong sangat dgn kau compared to kalau org dapat tau kau dah terlanjur...


Parents

Kalau alasan2 kat atas tu still x kukuh utk korg… how bout parents?... korang pernah x pikir yg korang akan hancurkan hati parents korang sehancur-hancurnya… pikir pasal mereka setiap kali niat nak “menyerah” tu muncul dalam otak korang… kesian mereka…


So kesimpulan yg aku ble nyatakan ialah jangan lah buang maruah korg tu kelaut hanya demi cinta... bazir doohhh... benda tu best kejap jer... ayat manessssss mane pon kau kena kuatkan pendirian kau... kau kena yakinkan diri kau terlebih dahulu... then only kau ble tangkis ayat2 manesss bf korang ni... fine.. aku tau ble tahan ramai gak x suka pendapat aku ni but then ape adehal... ni blog aku... and ni pendapat aku... memang nampak kolot untuk dalam dunia yg serba moden ni... tapi percayalah... ini jalan yg terbaik... lagi2 plak kite ni org yg dikelilingi adat, budaya dan agama... bukan mudah untuk mencari org yg betul2 ble terima dgn ketelanjuran kite tu... sedangkan yg masih x terusik tu pon ramai lg yg x kawen and memegang title andartu... bukan ini cara untuk buktikan kesucian, kedalaman, ke=kemaruk-kan dan ketulinan cinta korang pada bf korang tu... kalau apa yg korang buat selama ni stilll x cukup utk buktikan betapa sygnya korang pada bf korang tu... then tinggalkan je lah lelaki macam tu.. sikit2 nak bukti... pastu nak bukti cara yg salah plak tu... kalau diaorg x caya korang syg dia setelah ape yg korang dah buat... then belom tentu lepas korang bg tu pon dia akan caya ketulusan cinta korang tu... kalau trust dah xde dalam relationship, then bukti dah tidak diperlukan lagi.. titik..

Thursday, August 13, 2009

Bila lelaki bg 1001 alasan xnak kawen..

"There will never be a good time, financially, to get married... but somehow people manage.. If your man is using money as an excuse not to marry you, it's your relationship that's insecure, not his bank account".. Greg Behrendt- He's just not that into you..


ulasan lanjut aku tulis japgi ah... aku tgh xde mood sgt.. ngantuk memanjang...

(setelah beberapa minit termenung..)

cam haram.. aku still xde ayat nak terangkan ape aku rasa pasal statement tu.. hhmmm... lapar sgt barangkali...

(beberape jam kemudian setelah melantak double cheese burger medium set.. dah balik umah.. lepak2..)

hhmmmm... aku cuma ble ble ulas yg apa statement tu cakap betul... coz sampai bila2 pon duit xkan cukup.. ada je benda yg memerlukan duit till duit kawen tu ada lari sikit... so duit tu bukan alasan lah coz parents aku dulu kawen pon start2 susah gak... suma brg umh secondhand... beli umah murah yg jauh ceruk rantau mana ntah.. tapi bahagia jer... survive jer.. kalau lelaki tu betul2 nak kawen dgn kau, xde maknenyer dia nak lengah2 kan masa kawen... dia akn lg birah dari biasa... hehehe... kawen tu beb.. hehehe... diaorg x pikir pasal tanggungjawab sgt masa ni... hhmmm... aku rasa lagi lama kau tangguh kawen, lagi mcm2 benda mengarut kau akan pikir... dan2 masa ni kau akan pikir tanggungjawab yg membebankan yg kau kena pikul lepas kawen... fine... mmg kena pikir... tapi kalau tetlalu pikir, nanti kau akan takutkan diri sendiri.. coz xde sape pon kate kehidupan lepas kawen tu senang.. alaaa org yg kaya raya beria2 tu pon ada masalah gak masa mula2 kawen... igt senang ke nak pikir brape banyak nafkar zahir nak bg wife diaorg... tapi tu lah salah satu sebab kawen tu best... susah senang kau lalui bersama.. xkan masa senang jer kau nak bersama... bukan ke lebih sweet kalau kau sama2 berusaha bina family yg sedang2 tahap kewangannya bersama??..

Wednesday, August 12, 2009

Tiada anak untuk diperkatakan...

malam ni aku mogok xnak fesbuk... mcm haram... suma nak cite pasal anak masing2.. anak meragam lah... hubby bwk anak dtg opis lah... anak xnk mandi lah... tgh pregnant lah... perut buncit lah... kem salam anak dlm perut lah... merepek.. baik aku carut2 kat sini lagi baik... x tensi.. tiada penghakiman.. hanya idea bualan tercetus dari minda semata tanpa kecik kan hati sesiapa.. coz sape je pon yg nak bace...

Agak-agaklah kan... Bila korang ni suma nak paham yg isu kawen and anak ni isu sensitif???... Tolong hormati hati dan perasaan kami2 yg masih single mingle ni... kau dah kawen and dah ade anak kan??.. so diam sudah... cerite lah lain... ikan kekek ke.. pokok pucuk paku ke.. ni balik2... "Harini Donna xnak tido".. "Today hubby bwk kiki dtg ofis and kiki behave"... People... Ada aku kesah??... Aku bukan cemburu.. tp aku meluat.. cukup2 lah wei.. kalau ye pon korg cuba memancing org meng-komen status korang pon berpada2 lah... jgn nampak too pathetic..

And aku juga x ble blah bila org poyo nak full english kat fesbuk tapi haram english xde ah power mane... jadi diri sendiri sudah.. ala setakat kat fesbuk cakap omputih tapi hakikatnya lepas fesbuking ko makan sambal belacan xde maknenyer dah... xde cacat cela pon bahasa melayu kite so xyah poyo sgt... gua kalau nak speaking london tu lebih dari boleh.. lu cakap jer.. London Weight Management?.. London Cafe?.. London Clinic?.. London Bridge is falling down?... pergghhhh... gua cakap macam air beb.. lancar jer... tapi gua ni jenis cinta bahasa sendiri so baik cakap melayu.. ala ko tulis omputih pon, kalau dh dlm frenlist ko tu suma melayu or malaysian, xde makne nyer... ntah2 diaorg pon x paham ape yg ko carutkan tu... elok2 ko nak buat diri nampak pandai, akhirnya nampak ko yg paling sengal... dasar gonjeng.. hehehe

Ayat zaman paleolitik..


hahahhaha... cam haram.. tapi kebenaran dan sinar ke-lazer-an tu mmg terserlah.. ni aku tujukan khas untuk ex2 aku yg mcm haram tu... pelik... suma bg ayat yg sama kat aku.. "I cant live without u.. dont leave me.."... serious bullshit.. cam haram.. break dgn aku x sampai beberape hari je diaorg dh dpt gf lain... kate xleh hidup tanpa aku... apsal x mati plak?.. pastu yg x ble blah tu ayat suma nak sama... aku rase diaorg ni dari sekolah yg sama kot.. x pon berguru dgn org yg sama... hahaha.. patut suma perangai ntah ape2... ayat manesss x hengat.. tapi rupanya ayat tu dia dh test market kat ramai perempuan.. cehhhh... xde kepelbagaian langsung... x original.. disqualified!!!!...

Benda yg korang ble buat utk kurangkan sakit hati lepas putus cinta.. (untuk perempuan... lelaki aku x sure camne korg handle)

Ini suma cadangan aku jer.. x sure akan mujarab ke x.. coz aku pon amik masa gak dulu nak pulih.. tu pon xde ah pulih sepenuhnya.. ada time akan ter-menangis juga.. suma method ni Cuma mampu kurangkan kejap bukan hilangkan serta-merta.. tapi ok lah kot dari merana setiap saat..


Banyakkan solat dan beribadat..

(rasionalnyer: korang dapat pahala dan terhindar dari buat benda bukan2 yang boleh merosakkan diri korang)


Jika ex korang dulu suka korang rambut panjang, sila potong rambut korang pendek.. tapi make sure potongan tu cun.. so org sekeliling akan start notice korg dh buat perubahan dan nmpk lg stylo.. bg yg rambut pendek.. korang cun kan lagi jer rambut tu.. as for yg pakai tudung, klu dulu lilit sekali, skang korang kasi lilit extra sikit.. kasi brooch yg merelap2 gitu..

(rasional nyer: saje je buktikan kat ex korg yg dia tu ada bad taste dulu... diaorg mmg saje nk sabotaj korg sbb tu x kasi potong rambut or meng-cun-kan diri ms bersama..)



Lepak2 dgn jayanya bersama kawan2 baik korang.. klu ble tempat yg ada privasi... disitu korg luahkan suma isi hati korg yg terpendam pasal ex korg..

(rasional nyer: dulu ms bersama korg x berani cerite kat kengkawan coz takut nanti kengkawan korg gi attack bf korg.. so ni dh x together.. lantak lah.. ada aku kesah?)


Gi shopping bersama kengkawan korg... shoe shopping pon cara gak.. tapi klu agak2 tgh kering, korg beli jer lah bra kaler meriah sakan kat jusco tu… klu brand scarlet, RM10 dah ble dpt dh… ahhh… janji shopping.. hehe..


(rasional nyer: perempuan x perlu rasional yg tinggi bila topik shopping diketengahkan... x tension pon korang shopping gak kan?.. kan?.. kan?..)



List sebanyak mungkin sebab2 kenapa ex korang tu rugi tinggalkan korang..

(rasional nyer: untuk menaikkan semangat korang... dan nak tunjukkan bertapa bodohnya ex korang tu x dpt korg.. rugi... rugi..)



Gi spa.. untuk mengurangkan tegangan urat2 badan korg.. chill... alaaa berlambak jer spa yg x mahal sgt..

(rasional nyer: ni lah masa yg paling sesuai nak manjakan diri sendiri... dulu balik2 korang jer yg kena manjakan org.. sampai naik lemak diaorg tu... skang time korang utk dimanjakan telah tiba)



Start tulis blog.. tapi seelok2nya blog yg bukan pasal bertapa korg tersiksa hidup tanpa ex korang tu... tulis ler blog tentang kebangkitan korang dari kehidupan yg agak gampang masa dengan ex korang... tak perlu mention nama diaorang pon.. coz itu publisiti murahan utk diaorang, which diaorg x layak pon masuk dalam entry korang.. and agak tak matang untuk point kesalahan ex korang... lantak dia lah... jangan jadi anjing menyalak bukit.. korang ada pride.. tunjukkan korang sgt kuat and tabah..

(rasional nyer: korang mungkin akan sedar sebenarnya korang ni ada gak bakat menulis...)



Lakukan atau mulakan semula hobi2 korang yg dah lama tergendala dek kerana taksub bercinta dulu...

(rasional nyer: korang akan mem-bz-kan diri korang dengan lebih berwibawa lagi... so masa terluang korang x terbuang dengan melalak x tentu hala..)



Gi lakukan kerja2 amal.. rumah2 kebajikan kat M’sia ni banyak perlukan khidmat korang..


(rasional nyer: atleast mata korang ni akan terbukak sikit... bukan korang je yg menderita perasaan.. ramai lg.. and nasib diaorang jauh lebih malang dari korang.. tengok saja lah nenek2 dan atok2 kat umah org2 tua tu.. kesian diaorang..)



Chill out dengan family..

(rasional nyer: dulu masa bercinta korg jarang spend masa dgn family... skang ni x salah klu korang luangkan masa dengan mereka..)



Belajar memasak or perhaps meng-upgrade-kan lagi skill memasak..

(rasional nyer: untuk kegunaan dimasa akan datang.. bakal husband korang gak yang untung.. bakal mak mertua korang akan datang pon akan sayang korang)



Ber-flirt-an dengan mamat2 manessss di fesbuk, frenster, tagged, my sepes... or ape2 rangkaian mencari jodoh... tapi perlu diingatkan JANGAN SESEKALI JATUH CINTA ATAU KAPEL DENGAN MEREKA DALAM WAKTU TERDEKAT... korang bukan desperate nak berlaki sgt pon... ini hanyalah untuk suka2... jangan cuba2 nak bercinta dalam waktu terdekat... nanti korang akan menyesal tahap gampang... percayalah cakap aku ni..


(rasional nyer: dulu masa bercinta korg setia cam nak rak.. nak tengok laki lain pon takut... now dah single mingle triagle ni, luaskan lah sikit aktiviti mencuci mata tu.. biar terang skit ,mata korg tu yg ada banyak lagi lelaki yg jauh berkualiti dari ex korang yg x semegah mana tu.. DIINGATI SEKALI LAGI... JANGAN JATUH CINTA ATAU COUPLE DALAM MASE TERDEKAT.. KORANG TGH HEART BROKEN.. JANGAN MAIN TANGKAP MUAT SEBAB LONELY... SGT TAK BERBALOI-BALOI)



Bela binatang peliharaan yg comel dan mencuit hati

(rasional nyer: korang akn terhibur dengan telatah diaorg ni.. and korang akan bz dgn tanggungjawab memberi kehidupan yg sedikit selesa untuk haiwan2 ini... klu dulu kat kedai haiwan dia berebut2 makan kuaci.. skang dia dah ble lepak menyilang kaki kunyah jagung sebatang tanpa perlu berebut..)



Bersenam.. jogging.. aerobic.. atau ape2 yg sewaktu dengannyer..

(rasional nyer: inilah masa untuk memantapkan diri.. biar nanti klu terserempak dengan ex korang kat tepi jalan, dia terliur dan menyesal x sudah.. padan muka.. sape suruh tinggalkan korang untuk bersama dgn perempuan kempeng nasi lemak 20 sen lauk asing tu.. hehehe)


Aku rasa byk lg method tapi yg aku ble pikir skang Cuma yg ni jer lah.. al maklum, aku demam giler.. nasib bkn H1N1 jer... pergghhh... lega gua x makan babi masak kicap jemputan kawan gua... hahaha

Thursday, August 6, 2009

Jgn balik dgn EX korang.. serious wa cakap..

"Going back to an EX is like taking a drink of milk.. Finding out it's spoiled & putting it back in the fridge.. hoping it'll be fresh tomorrow.."

Amacam??.. cool x quotes yg aku amik kat internet ni?.. as usual.. aku kan mmg suka surf tanpa hala tuju... hahahaha..

Neway, kesimpulannya.. xyah ah sesusah nak balik dgn EX korg coz korg dulu break pon ade sbb yg kukuh kan nape putus... so watpe nak putus nyambung balik... hehehe... bazir masa... coz menurut salah sorg EX aku, lelaki takkan berubah.. so xyah mengharap diaorg akan berubah demi kau... kalau berubah pon perubahan tu xkan kekal lama coz jiwa dalaman diaorg akan memberontak untuk jadi seperti asal balik... Which aku rase EX aku betul ah kat area ni coz dia mmg x berubah pon tahap ketidak-matangan-nya itu... hehe.. and EXs aku yg lainnyer juga begitu... tahap ke-gampangan mereka tu masih kekal seperti sediakala... so aku x rugi ape pon x balik dengan diaorg... lagi untung adalah coz aku xyah lalui saat2 gampang dan macam haram itu lagi... oohh yeeaahhhh..

Well mmg ada dikalangan lelaki or perempuan diluar sana yg berubah dan kekal dgn perubahan.. tapi tu rare cases lah... which aku rase ade gak kengkadang dia balik kepada perangai asal.. kite ni manusia... mesti ada sifat suka memberontak tu.. betul waa cakap lu.. sebab aku pon rajin gak memberontak... hehehe...

Monday, August 3, 2009

Tajuk terbaik alaf ini..

Aku xde cite pon nak goreng kat sini... aku ni dh tahap overdose dah... demam memanjang... nak kate selesema oink oink tak mungkin lah coz aku x selesema pon... batuk gua pon kering je.. rasa kelat2 lg x rase babi.. (which aku x sure rase babi camne tapi yg penting bau dia agak keterlaluan lah..)

Apa kate korang bgtau aku tajuk aoe yg korang nak aku ulaskan... kan agak cara tu... tapi jangan ah yg terkeluar tajuk cinta... aku ekonomi, politik, sosial, math , sejarah (dlm erti kate lain, bab lain selain cinta) aku mmg fail wei... kasi tajuk yg ble jadi makanan jajan gua lah beb...

Neway, aku ada ah gak satu entry ni nk post tapi belum kasi solek lagi.. agak kematu dan menggerutu lagi jalan ceritanya.. biar aku kasik letak filler tebal2 then only aku pamer... tapi klu nak ikutkan tajuk tu xde ah solid sangat coz x banyak pon ble bentang... buat alas2 atas pasir masa piknik tu ok lagi ah..

ko perasan x yg aku cam haram skit kat blog baru ni coz dengan sesuka hati tulis pasal apa yg aku pikir instead of senarai yg panjang tentang perangai lelaki or perempuan bila bercinta or putus cinta??.. but then, ape adahal... blog aku... so suka ati aku lah... klu blog korang kang suka hati korang jugak... ehehehe... but seriously... bg ah aku idea nak bentangkan pasal ape ni... tangan dh gatal nak menulis and otak dah lincah sgt nak mencari idea.. tapi... topik plak xde.. kang aku tulis banyak2 pasal diri aku kang bosan plak mcm sesetengah blog yg aku pernah bace... (x wori, aku xkan link or follow blog2 merepek cerite pasal tumbesaran anak dia.. (serious gua xleh blah.. mcm dia sorg ade anak.. pastu dok cerita kat org pasal harta.. padahal bukan harta dia pon.. poyo...).. so bantu ah aku dgn idea tajuk yg bernas... ke-best-an blog aku ni bergantung pada feedback korg tentang ape yg korg nak aku bentangkan... cheeewahhh. hhmm dh ah.. aku nk tido.. aku dh start mamai sgt dh ni...

Sunday, August 2, 2009

Soalan bertubi-tubi..

Aku ni blur2 lagi dalam dunia pem-blog-an ni... kalau org tu follow blog kite, kite kena follow blog dia balik ke camne tu?..

Pastu... diaorang ni follow blog banyak2 diaorg ni bace ke suma2 entry org tu?.. bukan kalau follow tu maksudnya ko minat nak bace ape yg dia tulis ke?.. aku sgt keliru ni..

Pastu.. camne nak view suma blog yg ada kat dunia ni ek?.. ke org tu kena invite kite ke camne tu?.. ahhhh... apelah susah sgt dunia ICT ni... gile aku buta IT... adeeiiii...

Pastu aku ada terserempak satu blog ni... dia dapat award best blog... cam cilake... nape aku xtau pon ade pertandingan?.. nape aku x diinvite?.. ke diaorg saje reka cite?.. aku tgk blog dia x best mana pon.. x se-best Hilang Punca... hhmmm... buntu ni haaa....