Mengikut pengalaman aku dalam upacara bercinta ni, aku rasa ada 3 jenis cinta..
First: Kau sayang dia tapi dia tak sayang kau
Second: Dia sayang kau tapi kau plak tak berape ada feeling dengan dia
Third: Dia sayang kau and kau pon sayang kat dia
Buat masa ni tu je aku ble tulis.. idea still merata2.. and mak aku pon dah macam tarzan jerit kat bawah tu suruh aku mandi.. adehhh.. mandi pon kena paksa aku ni... nanti ah dah dalam keadaan nyaman nanti aku sambung apa yg patut pasal tajuk ni... tu pon kalau aku rasa benda ni patut disambung.. ahahaha...
(satu jam kemudian)..
ok.. now aku nak sambung balik..
First: Kau sayang dia tapi dia tak sayang kau
Cinta yang macam ni agak menyakitkan.. sebab kau jer nanti yang beria2 nak selamatkan relationship tu and dia plak akan sambil lewa jer... kau ade or xde tidak memberi sebarang impak besar.. and end up bila gaduh (walaupon dia yang salah or curang) kau jer yang akan mintak maaf.. dia selalunya sangat pandai putar belitkan ayat sampai kau tanpa pikir panjang terus jer mengalah.. ada kemungkinan juga mereka2 ni akan cepat naik tangan.. kau plak akan menadah dan menerima jer sebarang kungfu mereka coz benar2 sayang diaorg ni and tak nak diaorg tinggalkan kau..
Aku dah rasa dah rship mcm ni.. seriously mmg macam gampang... badan aku ni mcm punching bag jer... balik2 aku pujuk hati aku yang one day nanti dia akan berubah... TOLONG FOKUS WAHAI KENGKAWAN KU, MEREKA MEMANG TAK AKAN BERUBAH.. aku rasa 3 1/2 tahun merupakan tempoh yg cukup lama untuk aku bagi peluang... memang susah nak tingalkan tapi korang kena yakinkan diri korang yg harga diri korang jauh lagi tinggi dan lebih bernilai dari cinta org yg memang sah2 tak sayang korang .. come on lah, kat luar sana ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dan lebih mulia yang nampak kelebihan kita and sanggup bagi cinta diorang tu kat kita...
**notabetis: ni aku namakan relationship sentiasa memberi... which mean balik2 kau jer kena beri atau penuhi permintaan dia... nak tau korang terjebak dalam kategori ni senang ker, korang sanggup mati demi dia, tapi dia nak pinjamkan phone diaorg untuk korang call mak korang pon payah... korang sanggup lakukan ape saje untuk buat dia hepi tapi mereka tetap kata "I tau u sayang i, u baik dengan i, u cintakan kan i.. i hargai tapi sori sgt2 sebab i tak dapat sayang u mcm mana u syg i"... SILA TINGGALKAN SAJE MEREKA2 YANG DURJANA NI..
Second: Dia sayang kau tapi kau plak tak berape ada feeling dengan dia
Hmmmm... memang ah best bila ada org sayang kita lebih dari kita sayang dia... trust me.. apa korang mintak sure dapat.. korang buat dia marah macam mana pon, diaorg ni tetap datang merapati korang semula.. memula aku tak nafikan ah relationship yang macam ni memang ah seronok... sangat seronok.. kau macam ada sugar daddy sebaya gitu.. kau bentak2 macam mana pon kau tetap permaisuri dihati diaorg ni.. tapi perasaan ni tak akan kekal lama... at one point kau akan rasa bosan dan sunyi coz org yg kata dia sayang kau lebih ni usually akan hambakan diri dengan keje... kononnya nak kumpul duit cepat nak kawen dgn korg... and end up korang akan rasa sunyi and akan rasa sangat bosan..
**nota betis: aku namakan ni relationship sentiasa menerima.. which mean kau menerima secara membabi buta.. seronok masa mula2 tapi at one point kau akan rasa hidup kau kosong.. dan relationship kau akan rasa hambar sebab xde cabaran.. nakdetact korg kategori ni senang jer... dia sanggup berkorban apa saje untuk korang tapi korang nak pinjamkan RM50 kat dia pon korang akan berkira... bila dia ajak korang keluar pon korang akan bagi macam2 alasan... ajak kawen xyah cakap ah, lagi korang elak sungguh2..
Third: Dia sayang kau and kau pon sayang kat dia
Ni pada pendapat aku relationship yg paling ideal.. suka sama suka... perasaan yg sgt natural.. segalanya akan dikongsi bersama... susah senang suka duka.. so setiap detik relationship tu akan menjadi lebih bermakna coz setiap saat bersama adalah atas usaha berdua... so kalau nak hepi, dua2 kena bekerjasama untuk menjayakan relationship tu... takde nak berat pada mana2 pihak... segala apa prezen kecik atau besar akan dihargai oleh kedua2 belah pihak... perasaan cemburu ada.. tapi minima dan dalam kuantiti yang selamat.. gaduh tapi tak lama sebab rindu and sanggup berebut siapa yang cakap sori dulu..
**notabetis: ni cinta paling best.. tapi susah nak dapat.. ada tapi sukar ditemui dalam satu carian.. kena tempoh few asshole dulu baru boleh ketemu.. ye lah kalau tak camne kau nak tau dia ni yang terbaik kan??...
Aku yakin semua orang akan jumpa cinta jenis ketiga ni.. antara cepat atau lambat jer... mungkin jodoh korang tu pakai jalan lama sebab nak elak tol, tu yang sampai kat depan korang lambat sikit... tapi ada... jangan risau... tak perlu terlalu gopoh untuk tetapkan atau labelkan yang kekasih korang yang sedia ada ni adalah "THE ONE"... especially if dia ni cinta pertama korang... susah nak tentukan seseorang tu "THE ONE" atau tak... coz benda2 macam ni xleh tgk dengan mata kasar.... mata hati pon xleh gak coz kite ni kalau tgh kemaruk bercinta kengkadang hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran... aku tau semua benda ni sebab aku pon dulu macam ni gak.. ni dah tua bangka and cerdik skit ni baru lah sedar kesengalan diri sendiri... but then pengalaman yang macam gampang tu lah yang akan lebih mendewasakan dan akan lebih membantu dalam pemilihan pasangan hidup suatu hari kelak... sumpah ayat aku macam ayat motivasi dah ni... hahaha.... serious aku kena tukar kerjaya.. dari kerani cabok to kaunselor cinta yang berprestij.. hahaha...
No comments:
Post a Comment