Wednesday, August 26, 2009

lelaki-lelaki yang patut dihindari sebelum terfikir untuk teruskan hubungan dengan mereka...

1. lelaki yang hanya misscall dan korang kena menyusahkan diri call diaorg balik.
(kalau korg penting dalam hidup diaorg, xde maknanya dia mscall.. dia confirm call. Alasan xde kredit tu dah xleh pakai coz klu xde kredit then jgn ah mscall. Dok je kat umah diam2)

2. lelaki yang selalu melengahkan masa utk couple dgn korg.
(maknanya dia sendiri tak sure korg ni the one for him ke tak. Selain tu kemungkinan besar dia nak luaskan dulu pilihan dia. Alasan belom bersedia or takut dikecewa tu suma bullshit coz kalau dia betul suka kat korg dia kompem tak nak biar org lain ada peluang tackle korg)

3. lelaki yang ada lebih dari satu nombor handphone.
(AWAS.. kemungkinan besar satu skandal satu no phone so that tak kantoi bila tgh keluar dgn korg.)

4. lelaki yang hanya nak kau buat dia hepi.
(Relationship works in two ways yer kengkawan. Kena ada give and take. Bukan give or take sahaja semata. Kau nak hepi kau pon kena buat aku hepi gak kan? Mana aci ko sorg2 hepi.)

5. lelaki yang tak mahu kenalkan korg dekat kawan2 dia and dia pon tak nak kenal dengan kawan2 korg.
(so that dia senang nak tinggalkan korg. Selain tu kalau kawan2 korg kenal dia, nanti dia tak boleh menyeleweng dgn org lain coz takut kantoi)

6. lelaki yang tak pernah bg komen kat fesbuk korg.
(supaya kawan2 korang tak kenal dia and tak terserempak dengan dia bila dia menyeleweng dgn org lain)

7. lelaki yang tak mahu korg bagi komen kat fesbuk dia.
(sama mcm sebab2 terdahulu. Tak nak kawan dan keluarga kenal korg so that senang sikit nak tinggalkan korg.)

8. lelaki yang sentiasa xde duit dan selalu meminjam duit korg.
(mereka ni spesies yg enjoy memanjang sampai xde saving langsung and saje nak mengikis harta. Padahal korg org biasa2 aje. Lelaki yang baik takkan makan harta isterinya. Ni tak kawen lagi dah melantak duit kau byk2. dah kawen sok tak tau ape cite. Neway, cuba korang pikir secara logik, call korang xnak.. sms korang pon diaorang xnak coz kredit xde katanya... tapi bila part nak duit korang, cepat betul dia sms semula nombor akaun diaorang).

9. lelaki yang terlalu sweet talker.
(pernah tak korang terfikir yang dia dah selalu buat and dah tahu cara untuk cairkan hati korg utk ikut cakap dia?)

10. lelaki yang suka kau sebab kau baik jer padahal banyak lagi kelebihan kau.
(bila kau tanya kenapa dia suka kau, dia jawab ”sebab awak baik” lupakan je lah lelaki macam ni. Ini maknanya dia pon tak tahu kelebihan kau. dia Cuma tahu kau suka dia and kau buat apa je yang dia suruh. Sebab tu dia kata kau baik. Kelebihan kau yang lain memang dia tak pernah amik tahu pon)

11. lelaki yang tak kisah kau ada atau tak sebab dia tau kau akan cari dia gak bila kau sunyi. (alaaa... kau Cuma tempat utk mengisi masa lapang dia di waktu malam and hujung minggu bila kengkawan dia kuar dgn awek diaorg dan tinggalkan dia keseorangan. So selagi dia ada kengkawan dia, dia tak akan hirau pon kau katne dan buat apa.)

12. lelaki yang selalu cakap dia sayang kau tapi dia tak pernah tunjuk pon apa2 perbuatan yang menunjukkan dia sayang.
(beb, tolong ah wei.. x semestinya kena tunjuk sayang dengan duit.. beli itu ini.. x perlu tu semua.. kau ada masa dia sangat memerlukan kau pon dah cukup baik)

13. lelaki yang terang-terang gunakan kau untuk kesenangan diri sendiri.
(Contohnya kalau kau ada keta, then dia selalu pinjam or selalu suruh kau amik dia tapi satu sen pon tak bayar. Sekali takpe tapi kalau dah selalu maka wajiblah kau tinggalkan dia kat tepi highway)

14. lelaki yang terlalu mengongkong.
(tak kawen lagi pon dah over dose tahap jelous dia. Beb, kalau kau tak percaya kat aku baik kau tak payah couple dengan aku.)

15. lelaki yang sentiasa buat kau sangsi dengan keikhlasan dan kesetiaan dia.
(macam aku cakap tadi ah. Xde guna kau couple dengan seseorg tu kalau kau tak percaya dengan orang tu coz relationship is also about trust. Love is giving someone the power to break your heart but trusting them not to. So trust tu amat lah penting. Antara kau tinggalkan perasaan curiga tu or kau tinggalkan ajelah dia.)

16. lelaki yang suka bermain dengan perkataan “break”, “broke up”, “time off”.. atau ape2 ajelah yang sewaktu dengannya..
(lelaki spesies ni mmg sah2 xde pendirian. Belum kawin dah suka sangat nak mintak putus sampai 18 ratus kali and lepas tu pujuk rayu suruh balik dengan dia semula, tapi pastu nanti dia ringan mulut balik mintak putus bila rasa nak putus. Atleast masa couple ble rujuk balik brape juta kali dia nak. Tapi kang kalau kawin mana boleh. So better korang pikir elok2 before nak lebih serious dengan lelaki spesies macam ni.)

17. lelaki yang ”flirt” dengan perempuan lain depan korang. Adat lah bagi seorang lelaki itu menikmati keindahan rupa paras perempuan. Tapi agaklah tidak sopan kalau tengah keluar dating dengan korang tapi mata melilau tengok perempuan lain.
(if dia boleh buat macam tu depan korang, just imagine apa diaorang buat bila korang takde depan dia. Kalau betul dia suka korang, takde maknanya dia nak tengok orang lain penuh nafsu depan korang, baik dia tengok korang kan?)

18. lelaki yang selalu sangat cerita pasal ex-gf dia.
(tolong ah wei tinggalkan mamat macam ni segera. Ini maksudnya dia nak sangat balik semula dengan ex dia. Once ex dia bg green lite nak kat dia balik, sure dan confirmlah dia tinggalkan kau).

19. lelaki yang tak pernah ada bila kau perlukan dia tapi bila dia perlukan kau, kau kena ada. (maka ini confirm lah kau ni Cuma teman tapi mesra. Kalau dia suka tahap gaban dengan kau, dia confirm akan sentiasa tunggu masa kau perlukan dia coz masa ni lah dia nak tunjuk yang dia ni sangat berguna dan fokus kat kau jer. So kalau dia madah takde, kau call dia tak angkat and tak telefon balik pon lepas tu, maka dia memang malas nak layan kau sangat coz bagi dia kau bukan sape2 pon.)

20. lelaki yang tak menghormati kaum perempuan. Fokus utama ialah cara dia layan mak dia dan adik beradik perempuan dia.
(kalau dengan mak dia pon dia boleh berkasar dan kurang ajar, dengan korang apatah lagi nanti.. so seeloknya larikan lah diri anda dari lelaki yang sebegini)


Aku hanya mampu menasihati sebagai seorang kawan dan sebagai seorang yang pernah lalui hampir semua diatas dan juga sebagai seorang yang dah penat dengar kengkawan aku mengadu pasal lelaki yang diaorang kenal. Apa yang aku boleh cakap ialah jodoh itu ada dimana-mana dan setiap orang ada jodoh masing-masing. Antara cepat atau lambat je. Aku rasa tak perlu lah kau kelam kabut sangat nak pilih teman hidup. Tak perlu takut yang mungkin kalau kau tinggalkan mamat tu kau tak akan jumpa orang lain lagi. Halllooooo... dunia ni besar lah beb. Banyak lagi lelaki lain yang layak untuk kau. Aku ada terbaca satu buku omputih ni, dia kata seelok-elok nya tulis list lelaki macam mana yang kita betul2 nak. Dari segi fizikal , mental, spiritual dan sosial life mcm mana yang kita boleh terima. Tapi jangan over sgt plak. Mungkin dalam dalam list kau tu ada beratus atau berjuta kriteria. Tapi kau Cuma boleh amik 10 kriteria yang kau betul2 nak. Then kau patut cari orang yang menepati 10 kriteria itu je. 9 dari 10 pon kau kena abaikan. No such thing as sipi-sipi. Kau kena tegas. Jangan terlalu merendah diri merasakan kau tak layak dapat lelaki yang elok. Percayalah kita semua cantik dalam cara kita tersendiri. Kita juga ada hak memilih since ini melibatkan masa depan kita juga.. so pikir kan lah.. dan selamat mencari cinta... woohhoooo..

3 comments:

cik chummie said...

thanks for the entry kupu2....sy sedang berada di dalam dilema...lelaki dan teka teki..lelaki dan bayang-bayang..lelaki dan kepastian....akhirnya...saya yang membiarkan diri kosong...tanpa hala...huhuhu

kupu-kupu biasa said...

err... sama-sama.. ni suma part of my experience.. saje jer kongsi2.. xnak org lain terkena sama... huhu

emilyrockz said...

hahaha..70% mcm kelepet kena kat batang idung..
dulu dungu dok setia mcm patung berhala kat makluk itu..

haih~~
dh break br nmpk bodo sungguh kehidupan tu rupanya.. haha ;p