Thursday, November 12, 2009

Accident..

adoiii... tolong.. tolong..

ahhhh camne ni???... bantuan diperlukannnnn...

gua accident... gua accident dengan cita2 gua nak tulis pasal ciri2 gentleman.. gua terpaksa langgar cita2 tu coz gua mcm xde idea lak tetibe.. ada lah terbit satu dua idea tapi mcm x berape unggul.. apa yg gua tau zaman skang ni lelaki gentleman dah makin berkurangan and hampir pupus.. ala2 burung dodo juga lah.. tragis betul... so camne gua nak kupas kalau bahan ujikaji gua makin pupus??.. tapi xpe.. gua cuba..

ciri2 gentleman dimata gua..

1. seorang gentleman xkan tinggikan suara dia bila bercakap dengan perempuan walaupun dia dalam keadaan marah.. dia mampu mengawal suara dan xkan gunakan tone suara yg tinggi semata2 nak perempuan takut and tunduk pada kata2 dia..

2. seorang lelaki gentleman xkan dok bersidai kat mana2 shopping complex untuk men-sweet2 macam tikus mondok kat awek2 yg lalu lalang..

3. seorang yg gentleman xkan biarkan perempuan bayar makan dia.. coz klu kawen sok pon lelaki yg patut sediakan makan minum... so prektis dari skang..

4. seorang gentleman xkan buruk2kan Ex-Gf dia bila mereka dah putus coz dulu korang sama2 hepi 2gether.. agak unfair bila dah putus korang buruk2kan ex-gf korang..

5. seorang lelaki gentleman amat menghormati wanita/perempuan.. bukan hormat dengan meletakkan wanita itu di tempat teratas.. tapi cukup sekadar menghormati maruah dan keperibadian wanita tersebut.. so plis jgn amik kesempatan... bukan semua wanita tu mudah untuk disentuh sesuka hati...

(gua bingit part ni ah.. just bcoz gua x pki tudung x bererti gua sundal yg lu ble sesuka hati nak pegang2.. nak pelempang try ah buat.. cuba klu adik korang org lain buat camtu camne?.. marah kan?..)

6. seorang lelaki gentleman xkan beza2kan perempuan mana dia nk kawan... dia akan kawan dgn perempuan tu x kira camne rupa dia.. coz dimata dia semua orang adalah cantik...

7. seorang lelaki gentleman x segan atau malu untuk bukakan pintu or tahankan lift untuk perempuan..

8. seorang lelaki gentleman x akan anggap perempuan sebagai kaum yg lemah, tapi hulurkan bantuan pada mereka bila perlu kerana korang rasa korang patut bantu..

9. seorang lelaki gentleman tidak akan rasa segan atau malu untuk mendokong anak ketika keluar shopping bersama isteri atau memangku anak mereka ketika isteri sedang makan atau menolong dikenduri kawen..

(gua selalu nampak kalau kat emporium, wife kena pegang anak yg tgh meraung2 x tentu hala and angkut barang2 shopping sepanjang jalan while husband mata melilau tgk perempuan lain sambil jalan 5 tapak di hadapan isteri... siot jer.. kat kenduri kawen pon gitu.. wife dia lah yg kena pangku anak dia tu sambil makan.. dia plak makan dgn senang hati and xde tanda2 nak amik alih jaga anak tu jap sementara wife dia makan)

10. seorang lelaki gentleman xkan guna ayat "hai, boleh berkenalan??" .. sambil hulur name kad or no tepon yg ditulis kat tisu yg dh buat lap mulut tu... and mereka juga xkan suruh waiter yg hantarkan no phone tu... macam haram... nak tackle tu buat ah dengan adap tertip skit... "maaf kerana mengganggu tapi saya benar2 ingin kenal dgn saudari dengan.. nama saya *****, boleh saya tau nama saudari?".. "oowww cik *****.. nice meeting u.. errmm kalau x keberatan boleh saya tau email cik so sy ble email barangkali"... haaa kan sweet tu... mintak email dulu... kasi ayat baik masa tgh ym then only baru ble mintak no phone.. jgn tinggalkan no phone je.. xde jadah perempuan tu nk call ko..

11. lelaki gentleman xkan merendahkan martabat seorang ibu.. that's y dia sgt menghormati kaum ibu..

12. lelaki gentleman akan menang hati ibubapa si dia dengan cara yg baik.. selain itu akan juga cuba merapati kawan2 si dia agar x rasa tersisih bila lepak beramai2..

13. seorang lelaki gentleman tahu had pergaulannya dengan perempuan terutamanya jika dia sudah ada teman wanita.. mereka juga akan menjaga tertib diri agar mata tu tak macam gampang melilau tgk perempuan lain ketika awek masih lagi disebelah...

14. seorang lelaki yg gentleman juga xkan membuat sexual remarks or comment tentang seorang perempuan as if she's just a piece of meat... perempuan bukan hanya patut dilihat sebab cantik semata... mereka banyak lagi kelebihan lain yg layak diberi pujian..

15. seorang lelaki gentleman tidak segan untuk menitis airmata apabila keadaan terlalu sedih.. contohnya ketika ada kematian berlaku... x perlu tunjuk tough, gagah dan kental jika org tersayang meninggal... tapi jangan lah meraung pulak.. tu namanya mmg mintak dilempang..

16. seorang lelaki gentleman akan sentiasa memastikan perempuan yg keluar bersamanya itu selamat.. terutamanya bila keluar beramai2... pastikan semua perempuan yg ikut tu selamat.. ye kengkawan... semua... bukan yg cantik je..

17. seorang lelaki yg gentleman x teragak2 menyerahkan payung mereka ketika hari hujan atau menyerehkan sweater mereka pada perempuan bila cuaca or suhu semakin sejuk...

18. seorang lelaki yg gentleman x keberatan nak bg perempuan laluan dulu... "ladies first"... serious, nampak cam gesture yg mudah, tapi trust me, perempuan akan toleh dua kali kat korg klu korang bg dia pintas korang..

19. seorang lelaki gentleman xkan paksa perempuan ikut kehendak dia.. dia akan hormat ape jua keputusan perempuan itu tanpa rasa dendam atau marah..

20. seorang lelaki gentleman tidak akan buat perempuan menangis.. mereka juga xkan kecilkan atau lukakan hati perempuan... mereka pencinta wanita..

21. seorang lelaki gentleman akan tinggalkan resume lengkap nk kenalan dgn gua kat sini... hahahahahahahahahahahaha... serious gua dah xde idea nak tulis apa no 21 ni... hahahahahaha... mata pon dh kuyu abis dah ni.. ngantuk siot....

**ni suma pandangan gua saje... lu x terima lantak lah.. ni blog gua.. lu x suka then jgn bace.. lu komen lelebih yg buat gua sedih, gua akan lari gi batu belah batu bertangkup... hahahahahaha

3 comments:

Unknown said...

gua tak penah ayat awek "hai makwe bole berkenalan"
gua sempoi je..
"hai awk, bile nak bawak i jumpe mak u? mggu depan kite tunang ok tak"...
tu ayat baru jumpe, belum kenal lagi...
amacam...??
hahaha
:D

zulfadzly. said...

betol la ape aku ckp dulu..megazine2 kat malaysia ni kne bg satu column khas utk ko..ape ko tulis lebih bernas and lebih dekat di jiwa rakyat..lebih sincere..sebab ko tulis based on experience ko..compare ngn diorang..tulis semata2 nak lengkapkan page n takot bos marah..ko buat aku semakin respek ko!!

kenapa la aku xde abg..kalo x mmg aku booking ko utk dia!!

kupu-kupu biasa said...

biskutmarie.. bila lu nk buat camtu kat gua?.. hahahaha

zul.. serious terharu dgn pujian ko.. tp nk wat camne.. diaorg xnak bg aku keje.. aku pon dh fedup dgn kerja ngarut aku ni.. agak2 ble x letak blog aku ni dalam resume?.. hahaha..