Thursday, October 29, 2009

Pada suatu ketika dahulu..

Cerita ni berlaku pada tahun 1989..

Tapi yg nyata cerita ni bukan pasal aku.. pasal kawan aku.. tapi sampai harini aku akan gelak klu teringat cerita ni..

Ceritanya berbunyi begini..

Nasha (bukan nama sebenar) merupakan seorang kanak2 yg sangat comel.. dia telah dengan jayanya dimasukkan dalam darjah Satu Hijau disebuah sekolah disebuah area taman perumahan.. Kelasnya terletak betul2 dibelakang kantin sekolah yg sgt permai itu.. seperti kanak2 lain, dia ke sekolah dengan menaiki van sekolah yg telah dibayar oleh mak ayahnya.. zaman tu tak mahal sgt rasanya..

Neway, minggu kedua persekolahan, Nasha dgn excited-nya naik van seperti biasa untuk kesekolah.. tiba didepan sekolah, pakcik van pon jerit lah “turun-turun-turun”.. maka turunlah bebudak dalam van tu termasuklah si Nasha yg maha comel ni..

Dengan berlarian anak ala2 baywatch, Nasha mencari kelasnya.. kantin sekolah sudah dijumpai.. “Yes”.. jerit Nasha.. tapi kemudian dia tergamam apabila mendapati blakng kantin itu adalah semak samun semata..

kemanakah hilangnya kelas beliau?..

telah ditiup angina kencang ketika ribut kah?..

telan dipijak resakse otromen kah?..

Nasha terkedu.. dia akhirnya meng-join perimpunan di dewan.. tanpa segan silu Nasha terus sahaja ke barisan hadapan.. alaaa standard lah.. darjah satu mestilah kena beratur kat depan.. tapi.. langkahnya tidak semena2 menjadi longlai apabila yg berdiri dibarisan hadapan ialah abg2 senior yg tinggi gabak.. tapi Nasha tetap selamba.. terus sahaja dia mencilokkan badannya yg slim shady itu di barisan hadapan sekali.. tiba2 kedengaran satu suara sumbang..

“Oiii budak kecik.. beratur belakang lah..”..

Nasha terkejut.. dengan keliru dia terus berlari keluar dan menuju ke kantin..

Di kantin yg suram..

Seorg makcik yg kenbetulan ada di kantin selepas menghantar anaknya ke sekolah itu telah meringankan mulutnya bertanya..

“Dik kenapa tak masuk kelas?”..

Nasha terkejut lagi.. tanpa semena2 dia menangis semahu2nya…

“uuwwwwaaaaaaaaaa”…

makcik yg hantar anak tu kaget.. terus membawa Nasha dari kelas ke kelas darjah satu disekolah itu… namun tidak seorang pon guru darjah satu sekolah itu yg mengaku Nasha adalah anak didik mereka…

Namun dikelas terakhir darjah satu itu, seorang guru yg bijaksana telah memberi pendapat yg bernas..

“Cuba tengok buku sekolah dia tulis dia kelas mana”..

dengan pantas makcik yg tadinya menghantar anaknya ke sekolah itu telah membuka beg sekolah Nasha dan menarik keluar buku latihan milik Nasha yg comel.. makcik itu membuat muka pelik.. begitu juga dengan guru2 disitu..

“ehhh ni buku sekolah lain ni.. salah sekolah budak ni”..

Rupa-rupanya Nasha salah sekolah.. memanglah pakcik van suruh turun tapi rupanya pakcik van suruh budak2 yg sekolah situ je turun.. si Nasha nib le plak join venture turun sekali… sejak ari tu.. Nasha dikerah oleh pakcik van untuk duduk depan betul2 disebelahnya.. dan pakcik van tanpa jemu berkata “ini bukan sekolah awak..” setiap kali mereka melalui perkarangan sekolah itu… TAMAT..


Amacam??.. lawak x?.. hahahahahahahahahaha…

**kepada kawanku yg telah mengkongsi pengalaman ini.. aku mengucapkan terima kasih yg tak terkira byk kerana menceriakan hidup aku..

**gua rase kak jenin dah tau gua pemilik blog ni and tau gua yg kutuk dia kat sini.. tadi dia buat pasal dgn kawan gua just bcoz kawan gua tu geng dgn gua and tak layan team jenin dia tu.. macam haram betul perangai dia.. kesian kawan gua.. xpe Moon.. nanti gua bawak lu jenjalan eh.. toksah sedih2... ciannn ko...

3 comments:

aYongCasPer said...

perghhh agak lawak gak ler..ntah pape jer kawan lu tu ekk..boleh plak salah skolah..excited gilew dia nak ke skolah....hahahhahaa..kem salam kat kawan ko tu ekk....=)

Unknown said...

die pegi skolah tamil ke...??
hahahaha...
giler excited nak pegi sekolah...
:D

zulfadzly. said...

nak ikut g jenjalan!!